SEKALI lagi tampil dalam konsert berskala besar, penyanyi dan komposer Datuk M. Nasir menjanjikan satu persembahan terbaik buat peminat.
Lebih istimewa, M. Nasir, 68, bakal memberi kelainan dengan membawakan lagu-lagu genre rock yang pernah dicipta atau dinyanyikan sebelum ini.
“Sekarang saya tengah kumpulkan semula jiwa rock dalam diri. Dah lama tinggalkan lagu-lagu genre itu, tapi jiwa rock masih kuat.
M. Nasir lakukan persediaan rapi sebelum konsert.
“Saya pun bermula dalam industri menerusi penghasilan album rock,” katanya.
M. Nasir ditemui pada majlis sidang media konsert Datuk M N46IR Cipta 3 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Isnin.
Membawa tema ‘Malam Ini Gua Rock’, beliau juga memberi sentuhan baharu untuk lagu-lagu lama yang pernah dihasilkan.
ARTIKEL BERKAITAN: Lagu hak pencipta, M Nasir saran 4U2C, Man Senoi runding selesai konflik
ARTIKEL BERKAITAN: Ditawar berlakon filem komedi, M. Nasir tengok jalan cerita sebelum setuju
M. Nasir kini sedang giat mempersiapkan diri menjelang konsert yang dijadualkan pada 27 September depan.
“Lagu-lagu yang dipilih akan digubah semula agar sesuai dengan konsep konsert.
Kejayaan Konsert Cipta 1 dan 2 beri semangat buat M. Nasir.
“Dari segi persiapan, saya kena jaga apa yang perlu, terutama bab makan, tak boleh berlebihan,” katanya.
Konsert tersebut bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dan tiket akan mula dijual pada 4 Julai ini.
M. Nasir sebelum ini berjaya menghiburkan peminat dalam konsert Cipta 1 dan 2 yang berlangsung Ogos serta November tahun lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube