suria

Masih dalam proses belajar, isteri Fikry Ibrahim perjelas isu pakai tudung

Khalizah menjawab persoalan ramai berhubung isu tudung.

ISTERI kepada pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim tampil memberi penjelasan selepas timbul persoalan tentang penampilannya. 

Khalizah atau Siti Khalizah Alihan memberitahu isu berkaitan dia tidak memakai hijab dengan sempurna adalah terlalu peribadi untuk dibicarakan. 

Malah katanya dia masih lagi dalam proses memperbaiki diri untuk menjadi seorang yang lebih baik. 

Khalizah akui masih dalam proses memperbaiki diri. 

"Saya hanya mahu jelaskan sesuatu dari hati. Mungkin ada yang nampak saya tidak bertudung sepenuhnya lagi. 

"Saya mahu katakan ia adalah terlalu peribadi. Saya masih dalam proses belajar, menjadi lebih matang dan cuba menjadi lebih baik setiap hari," katanya. 

Khalizah berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Selesa. 

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan pulih semula, netizen syak isteri Fikry Ibrahim merajuk dan ikut emosi hingga fail cerai 

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam sahkan isteri Fikry Ibrahim tarik permohonan cerai

Menerusi hantaran tersebut dia turut berkongsi gambar dirinya dengan berpakaian serba hitam lengkap dengan tudung. 

Dalam masa sama Khalizah juga memohon orang ramai agar terus mendoakan untuk dirinya. 

"Tolong doakan, saya cuba untuk melakukan lebih baik," luahnya. 

Penampilan Khalizah menjadi bualan ramai. 

Sebelum ini imej Khalizah yang memakai hoodie menjadi bualan ramai kerana masih menampakkan sebahgian rambutnya. 

Ramai yang mempersoalkan isu berkenaan namun ada juga yang terus berharap agar dia dapat mengubah imej ke arah lebih baik. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain