suria

Aliff Syukri terkejut wanita Kemboja buat maksiat dengan 5 lelaki di kediamannya, netizen pelik dah berusia sanggup buat perbuatan terkutuk... "Muka dah tua tak berselera tengok"

Aliff terkejut rumahnya diceronoh wanita Kemboja bersama lima orang lelaki.

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri terkejut selepas kediamannya yang terletak di Sungai Buloh, Selangor diceroboh seorang wanita dan lima lelaki. 

Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 38, berkata, kesemua individu tersebut dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran dan menagih dadah.

"Saya sungguh tak sangka apabila rumah saya diceroboh oleh orang tak bertanggungjawab. 

Aliff tidak sangka rumahnya menjadi sarang maksiat dan aktiviti menagih dadah.

"Rumah saya itu dijadikan sarang pelacuran dan dadah, masya-Allah. Seorang wanita dan lima lelaki buat perkara terkutuk.

"Saya buntu dan kecewa sangat. Saya tak sihat, badan rasa seram sejuk macam nak demam tapi dapat tahu perkara begini terjadi," katanya.

Aliff berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagramnya pada pagi Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri mengamuk dua pembantu peribadi lewat datang kerja, terlepas ‘sales’ RM30,000… “8.30 pagi baru nak ketuk pintu, tiada otak ke?”

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri selamba kentut, siap letak mikrofon bawah punggung... penat tahan ketika buat ‘live’

Menurut sumber, wanita yang ditangkap Aliff bersama isterinya, Datin Seri Nur Shahida berasal daripada Kemboja.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta Aliff dan Shahida membuat laporan polis untuk menyelesaikan isu tersebut.

Malah, mereka pelik apabila wanita yang kelihatan sudah berusia sanggup melakukan perbuatan terkutuk tersebut di kediaman Aliff.

Aliff dan Shahida menangkap individu ceroboh rumah mereka melakukan aktiviti terkutuk.

"Muka dah tua tak berselera tengoknya, tiada kerja lain dah ke? Buat sahaja laporan polis Aliff.

"Panggil polis dan imigresen hantar balik kampung dia. Buat semak di negara kita.

"Masuk rumah orang kemudian buat maksiat, macam tu pun boleh 'jual'," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain