suria

Fara Salleh bengang netizen cakap konflik rumah tangga sebagai kifarah, dakwa bekas isteri Shuk Sahar berkahwin dengan suami rakan sendiri

Fara bengang apabila netizen sifatkan konflik rumah tangganya berlaku disebabkan kifarah.

ISTERI kepada Shuk Sahar iaitu Fara Salleh bengang apabila terdapat netizen yang mengaitkan konflik rumah tangga adalah kifarah di atas perbuatan masa silam terhadap bekas isteri pelawak itu, Rossa Sera.

Benci namanya dikaitkan dengan wanita itu, kata Fara, 33, namanya buruk selama ini juga disebabkan Shuk dan Sera.

"Tak perlu nak petik nama mahupun samakan aku dengan perempuan itu (Sera).

Fara dakwa Sera berkahwin dengan suami rakan sendiri.

"Kami berdua tiada beza. Kau pesan dekat pengikut kau suruh diam ya perempuan.

"Nak cakap ini semua kifarah, (aku) tak kisah sebab dah biasa nama aku yang buruk. Nama buruk pun sebab Shuk dan perempuan ini," katanya.

Fara meluahkan perasaan itu sebagai respons terhadap netizen yang berkata buruk terhadapanya di Instastory pada Rabu.

Dakwa Fara, status mereka berdua adalah sama memandangkan Sera berkahwin dengan seorang lelaki berstatus suami orang yang mempunyai tiga orang anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Shuk Sahar selamat bersalin, kagum harungi tempoh hamil sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar dan isteri ‘perang’ di IG, Fara Salleh dakwa suami culas tanggungjawab

Malah Fara menafikan dirinya sengaja meroyan di media sosial, sebaliknya sudah cuba hubungi Shuk secara baik namun tidak diambil endah.

"Status aku dengan kau sama. Aku kahwin dengan suami kau dan kau kahwin dengan suami Pika (rakan) yang dah ada anak tiga orang.

"Aku bukan meroyan, aku gunakan saluran betul berhubung melalui WhatsApp cuma Shuk yang tak pernah ambil peduli," ujarnya.

Sementara itu, ssaha mStar mendapatkan kenyataan balas daripada Sera berhubung kenyataan Fara gagal apabila panggilan dan mesej dibuat tidak dibalas.

Aku kahwin dengan suami kau dan kau kahwin dengan suami Pika (rakan) yang dah ada anak tiga orang.

FARA SALLEH

ISTERI SHUK SAHAR

Perbalahan antara Shuk dan Fara bermula apabila isterinya berkongsi khabar gembira kini bergelar ini selepas bersalin anak pertama pada 26 Jun lalu.

Dalam beberapa hantaran di media social Fara mendakwa Shuk gagal menjalankan tanggungjawab selain tidak ada bersama di hospital sewaktu anak mereka dilahirkan.

Kemudian Shuk tampil mempertahankan diri dan meluahkan rasa bengang apabila Fara turut mengaitkan ibu bapanya dalam masalah rumah tangga mereka.

Fara tak suka namanya dikaitkan dengan Sera.

Untuk rekod, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023 di Thailand.

Sebelum itu, Shuk pernah berkahwin dengan Sera namun mereka disahkan bercerai pada 22 Mac 2023.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi, 6 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain