TANPA berselindung, pelakon Ahirine Ahirudin mendedahkan dia sedang berkenalan dengan seorang pelumba basikal profesional Malaysia yang dikenali sebagai Hafidz Hamid.
Bagaimanapun Ahirine, 29, berkata mereka masih lagi dalam fasa mengenal hati budi dengan lebih mendalam selain merancang masa depan bersama.
"Kami masih dalam fasa mengenali satu sama lain dan mempunyai banyak impian yang sama," katanya ketika dihubungi mStar.
Ahirine dan Hafidz dalam fasa bahagia.
Berkongsi lebih lanjut, Ahirine memberitahu jejaka berkenaan menepati kriteria lelaki idamannya kerana mempunyai tubuh badan yang cergas.
Katanya, dia mula jatuh cinta dengan Hafidz disebabkan semangat juang yang dimiliki terutama dalam menjelajah ke beberapa negara menggunakan basikal.
Tambah Ahirine lagi, Hafidz juga banyak membantunya dalam memantapkan diri bagi sukan larian dan berbasikal.
ARTIKEL BERKAITAN: Beri peluang kembangkan bakat, Ahirine Ahirudin jawab dakwaan filem lakonannya tak laku!
ARTIKEL BERKAITAN: 3 tahun Ahirine Ahirudin sabar diganggu lelaki dikenali, hampir buat laporan polis - “Dia anggap saya kekasih”
"Dia pernah merentas lebih 30 negara dari London ke Malaysia dengan menaiki basikal. Dia boleh dianggap jurulatih saya untuk larian dan berbasikal.
"Saya jatuh cinta dengan semangatnya itu. Nasib baik dia fit dan tak boroi," katanya lagi.
Ditanya mengenai arah hubungan, Ahirine lebih selesa menyerahkan perkara tersebut kepada Tuhan.
Hafidz lebih terbuka berkongsi mengenai Ahirine di media sosialnya.
"Saya serahkan soal jodoh ditangan Tuhan," luahnya.
Sebelum ini, hubungan mesra Ahirine dan Hafidz mula dihidu peminat apabila pasangan itu kerap meluangkan masa bersama.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube