PELAKON Priyanka Chopra mendedahkan dia tidak gemar mencuci pakaian kerana menganggap kerja itu terlalu rumit.
Priyanka, 42, berkata mesin basuh yang digunakan mempunyai terlalu banyak tetapan sehingga menyukarkan dia membuat pilihan.
"Saya boleh mengosok baju dan melipat tapi tidak mencuci.
Priyanka ambil kesempatan terhadap ibu mentuanya.
"Bagi saya mencuci pakaian sangat susah, saya sentiasa perlukan orang lain untuk melakukannya.
"Terlalu banyak butang dan pilihan pada mesin basuh ia menyukarkan saya," katanya memetik People Magazine.
Priyanka turut berkongsi bahawa ibu mentuanya, Denise Jonas, pernah cuba mengajarnya cara membasuh pakaian.
ARTIKEL BERKAITAN: “Rasa seperti seorang isteri yang teruk” - Priyanka Chopra
ARTIKEL EBRKAITAN: Enggan pakai bikini, penganjur Miss World akur permintaan Priyanka Chopra
Namun, akhirnya Denise yang mencuci kesemua pakaiannya
Malah, dia juga mengaku pernah menghubungi ibu mentuanya hanya untuk meminta tolong mencuci pakaian miliknya.
"Ibu mentua saya pernah mengajar saya dan akhirnya saya akan menyuruh dia mencuci kesemua pakaian saya.
Priyanka mempunyai hubungan baik dengan ibu mentuanya, Denise Jonas.
"Saya pernah hubungi dia semata-mata meminta dia mencuci pakaian saya," kongsinya.
Untuk rekod, Priyanka dan Nick Jonas berkahwin pada 1 Disember 2018.
Pada Januari 2022, pasangan ini berkongsi berita gembira tentang kelahiran anak sulung mereka yang diberi nama Malti Marie melalui kaedah ibu tumpang.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube