suria

Fara Salleh diminta bertenang elak meroyan, hanya luah rasa geram sijil kelahiran anak tak lengkap

Fara dan anaknya berada dalam keadaan baik sepanjang tempoh berpantang.

BAHARU 16 hari melahirkan anak pertama, isteri pelawak dan pelakon Shuk Sahar iaitu Fara Salleh memaklumkan dia berada dalam keadaan baik sepanjang tempoh berpantang. 

Meskipun sedang melalui fasa sukar dalam rumah tangga, Fara, 33, berkata, dia tidak mengalami gangguan emosi atau simptom kemurungan selepas bersalin (meroyan). 

Kata Fara, dia masih menjaga kesihatan mental kerana tidak mahu mengganggu proses penyusuan bayi. 

"Alhamdulillah saya baik-baik sahaja, mental semua okay dan tak serabut.  

Fara tidak mengalami simptom kemurungan selepas bersalin.

"Tidak ada apa yang serius atau berdepan kemurungan hingga meroyan. Sekarang anak masih menyusu badan jadi saya memang jaga mental supaya tidak stres," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu. 

Dalam pada itu, Fara memberitahu dia menghargai setiap perhatian diterima termasuk ada yang menasihatinya untuk lebih bertenang ketika masih dalam pantang.

Kongsi Fara, dia hanya rasa tertekan apabila melihat sijil kelahiran anak pertamanya iaitu Elaine Nada yang tiada butiran bapa. 

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Shuk Sahar selamat bersalin, kagum harungi tempoh hamil sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar dan isteri ‘perang’ di IG, Fara Salleh dakwa suami culas tanggungjawab

"Ada ramai suruh saya bertenang sebab takut ganggu emosi sebab orang berpantang ini emosinya boleh berubah.  

"Saya tak rasa ia satu beban atau ada perasaan serabut. Saya cuma marah bila surat beranak anak semalam (Selasa) kosong tanpa maklumat bapa. Itu yang saya marah.  

"Saya biarkan dua minggu selepas bersalin nak tengok dia ambil kisah atau  tidak fasal anak. Sekali memang betullah tak kisah," ujarnya. 

Ditanya keadaan terkini diri dan bayinya, Fara bersyukur mereka berdua berada dalam keadaan sihat. 

Ramai suruh saya bertenang sebab takut ganggu emosi sebab orang berpantang ni lain moodnya.

FARA SALLEH 

ISTERI SHUK SAHAR

"Kalau ikutkan saya memang kurang tengok media sosial sepanjang tempoh berpantang. 

"Saya masih buat kerja rumah.  Anak pun bangun setiap dua jam setengah untuk menyusu. 

"Alhamdulillah anak saya sihat, waktu minum susu semua teratur," katanya. 

Pada Isnin, Fara memaklumkan dia selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.1 kilogram secara pembedahan. 

Shuk dan Fara sebelum ini berbalas kenyataan di media sosial.

Dalam beberapa hantaran di media sosial, Fara mendakwa Shuk gagal menjalankan tanggungjawab selain tidak ada bersama di hospital sewaktu anak mereka dilahirkan. 

Shuk kemudian membalas kenyataan mempertahankan diri dan meluahkan rasa bengang apabila Fara turut mengaitkan ibu bapanya dalam masalah rumah tangga mereka. 

Untuk rekod, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023 di Thailand. 

Pada April lalu, Shuk didakwa melafazkan cerai terhadap Fara menerusi panggilan telefon. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain