PELAKON Ezlisa Loy memilih untuk tidak memanjangkan isu busana pengantin yang didakwa menyerupai gaun perkahwinan pempengaruh Ally Mukhriz.
Menurut Ezlisa, 29, dia enggan mengulas lanjut kerana bimbang kenyataan yang diberikan disalah tafsir dan menjejaskan keharmonian rumah tangga yang baru dibina.
Sebaliknya Ezlisa hanya mahu memuji baju songket biru rekaan Samm Republic itu kerana sudah berusaha keras demi memastikan hari bahagianya berlangsung indah.
“Saya takut untuk memberikan kenyataan kerana boleh membawa kesan positif atau negatif. Lagipun saya baru sahaja mendirikan rumah tangga, jadi saya ingin menjaga nama baik keluarga saya dan suami.
Ezlisa menggayakan busana songket biru rekaan Samm Republic.
“Saya pilih tak nak bagi apa-apa kenyataan. Saya okay dan harap semua orang pun sama.
“Isu ini pun tak besar cuma apa yang saya boleh kata, saya puji pereka baju saya atas usaha keras yang dia lakukan untuk hari bahagia saya,” katanya kepada mStar.
Ezlisa berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama Thariq Ridzuwan: His Treasure yang diadakan di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada petang Khamis.
Bercerita lanjut, Ezlisa mengaku terkejut apabila perkara itu tular di media sosial kerana dia amat berhati-hati agar tidak timbul sebarang unsur negatif berkaitan majlis perkahwinannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Ramai puji baju nikah Siti Saleha cantik, rupanya rekaan suaminya sendiri
ARTIKEL BERKAITAN: Cantik Ruhainies ‘fitting’ baju pengantin, bagi hint dah nak kahwin... Netizen pula bimbang kena ‘prank’ lagi
Jelas Ezlisa, baju perkahwinannya itu diinspirasikan daripada foto di Pinterest semata-mata.
"Saya terkejut, sebab bila dah kahwin saya risau bila orang cakap buruk fasal perkahwinan saya.
“Setiap hari saya berdoa tiada sebarang benda negatif tentang perkahwinan saya. Kalau boleh tak nak apa-apa pergaduhan.
Ezlisa bernikah dengan Hafiz (kiri) pada 29 Jun lalu.
"Saya rancang semuanya dengan mengambil ilham daripada Pinterest untuk baju saya cuma kain saja saya beli daripada Rizman Ruzaini,” ujarnya.
Sebelum ini, Ezlisa memakai busana songket biru muda hasil rekaan Samm Republic yang didakwa diinspirasikan oleh pereka Filipina, Michael Cinco.
Namun, netizen mendakwa rekaan itu seakan-akan menyerupai busana rekaan Fiziwoo untuk perkahwinan Ally yang mendirikan rumah tangga lima tahun lalu.
Untuk rekod, Ezlisa mendirikan rumah tangga dengan Hafiz pada 29 Jun lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube