suria

Terjawab! Ainina Ahmad B mengaku minta nama dikeluarkan sebagai penerima zakat selepas anak istimewa meninggal dunia

Ainina (kanan) mohon namanya dikeluarkan daripada penerima zakat.

PELAKON Ainina Ahmad B mengaku dia individu yang meminta namanya dikeluarkan daripada penerima Lembaga Zakat Selangor (LZS) selepas pemergian anak istimewa, Nur Ara Elisya pada bulan lalu. 

Ainina, 56, berkata, sebelum ini dia terbuka menerima bantuan zakat kerana memikirkan keperluan anak perempuannya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU). 

"Selepas anak meninggal dunia saya rasa serba salah untuk terus menerima bayaran bantuan bulanan daripada LZS. Ketika arwah hidup saya memang tidak bekerja kerana fokus menjaganya.

"Sebenarnya saya terima bantuan bulanan daripada LZS tak lama pun, kurang setahun saja. 

"Saya terima pun sebab fikir anak saya istimewa. Ada keperluan yang perlu dijaga. Tapi kalau untuk perbelanjaan makan saya tidak guna wang bantuan itu. 

Ainina (kanan) tidak mahu mengambil hak orang lain.

"Jadi bila anak dah tiada saya tarik diri. Bantuan ini buat saya rasa bersalah kalau terus ambil," katanya ketika dihubungi mStar. 

Dalam pada itu, Ainina memberitahu dia masih mampu bekerja untuk menyara kehidupan dan tidak mahu terus mengharapkan sumbangan daripada lembaga zakat. 

Kata Ainina, dia tidak mahu mengambil hak orang lain kerana masih ramai individu lebih layak mendapat bantuan tersebut.

"Kenapa saya nak kena ambil wang itu sedangkan ramai lagi yang memerlukannya. Tambahan pula itu duit zakat, kalau saya ambil dulu memang untuk anak saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak istimewa Rahmad Mega meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Anak istimewa Rahmad Mega ceria sambut ‘birthday’ ke-16 lima hari lalu, arwah tak pernah mengeluh tentang derita sakit… "Sampai masa untuk pergi, kami rela melepaskan"

"Insya-Allah kalau ada tawaran saya boleh berlakon lagi dan berniaga. Bila anak kita sudah meninggal dunia, saya rasa cukuplah. Kita pun boleh bekerja. 

"Masih ramai yang memerlukan wang tersebut, saya rasa bersalah sangat kalau makan duit zakat," ujarnya. 

Sementara itu, Ainina berterima kasih kepada LZS kerana turut memberikan bantuan dalam membiayaikos rawatan pembedahan tulang belakang Elisya pada Disember tahun lalu. 

Kenapa saya nak kena ambil wang itu kerana ramai lagi yang memerlukannya.

AININA AHMAD B

PELAKON

"Saya cuma minta untuk anak saya sahaja, katanya anak OKU boleh mohon zakat.

"Pembedahan tulang belakang arwah anak saya mencecah RM40,000 dan pihak zakat menanggung sebanyak 70 peratus dan selebihnya saya tambah," katanya. 

Sebelum ini, tular di media sosial apabila Lembaga Zakat Selangor mendedahkan seorang penggiat seni meminta untuk mengeluarkan namanya daripada penerima zakat. 

Hal ini kerana anaknya yang menghidap penyakit tulang belakang sudah pun meninggal dunia. 

Pada Disember tahun lalu, Elisya melakukan pembedahan tulang belakang dan selepas melalui prosedur tersebut kesihatannya dilaporkan semakin teruk. 

Perkongsian yang dimuat naik di Instagram LZS.

Elisya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM) selama tiga bulan untuk pakar memantau keadaannya sebelum dibenarkan pulang. 

Pada 22 Jun lalu, Elisya meninggal dunia sekitar pukul 2 petang.

Untuk info, Elisya merupakan anak hasil perkahwinan Ainina dengan penyanyi Rahmad Mega. 

Mereka turut dikurniakan seorang lagi anak perempuan iaitu Nur Ariena. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain