suria

Shila Amzah dakwa diserang penyanyi legenda ketika latihan, netizen petik nama Amy, Awie & Ella

Shila didakwa diserang oleh penyanyi legenda negara.

PENYANYI Shila Amzah terkejut apabila diserang oleh seorang penghibur legenda secara terbuka ketika sesi latihan konsert ulang tahun ke-20 Mr D.I.Y yang bakal berlangsung pada Jumaat. 

Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 35, berkata, dia tidak menyangka artis legenda itu boleh bertindak sedemikian di hadapan khalayak ramai. 

"Gila apabila seorang legenda boleh menyerang saya di hadapan orang ramai. 

"Nasib baik anda sudah berumur, anda telah mengundang rasa anxiety dan keselamatan saya," katanya. 

Perkongsian Shila di Instastory.

Shila berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. 

Dalam pada itu, pengurus Shila iaitu Aini Shuhaidah turut meluahkan rasa kesal apabila artis legenda tersebut menunjukkan sikap tidak profesional. 

Kata Aini, pihak mereka akan mengambil tindakan undang-undang termasuk melaporkan perkara tersebut kepada polis. 

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah rindu nyanyi lagu Melayu, impi konsert khas buat peminat tempatan

ARTIKEL BERKAITAN: Dibayar dalam dolar dan bakat lebih dipandang negara luar, Shila Amzah hanya mampu ucap syukur    

"Macam tak percaya individu berpengalaman boleh bertindak tidak profesional. 

"Kami akan membuat laporan polis dan perintah larangan kepada individu terbabit," ujarnya. 

Difahamkan hantaran Instastory yang menyebut mereka sudah membuat laporan polis sudah dipadam Shila. 

Menerusi ruangan komen di Instagram portal media, netizen mula membuat spekulasi mengaitkan tiga nama penyanyi legenda termasuk Datuk Awie,  Datuk Amy Search dan Ella kerana artis tersebut turut terlibat dalam acara konsert itu. 

"Awie? Amy? Ella?

Netizen memetik nama penyanyi popular termasuk Awie, Amy dan Ella.

“Awie? Amy? atau wanita. Saya tidak pasti. 

"Siapa pula yang cari fasal dengan Shila ini," ujar netizen. 

Untuk info, selain Shila, konsert sempena ulang tahun ke-10 Mr D.I.Y membariskan penyanyi terkenal termasuk Datuk Amy Search, Datuk Awie, Ella Aminuddin, Jaclyn Victor, Penny Tai, Jeryl Lee dan 3P.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain