suria

Insomniacks kurung diri sebelum konsert, janji pelbagai kejutan buat peminat

Iskandar (kiri), Daniel dan Iqie siapkan diri bertemu peminat.

MENJELANG Konsert Insomniacks: Echoes Of A Dream yang bakal berlangsung esok,  anggota kumpulan Insomniacks mengambil langkah berjaga-jaga dengan memberi keutamaan kepada penjagaan kesihatan diri masing-masing.

Menurut vokalisnya, Iqie atau nama sebenarnya Syed Mir Iqbal, 28, dia bersama dua lagi anggota iaitu Wan Arif Iskandar (bes) dan Danial Lee Hashim (gitar) lebih selesa meluangkan masa di rumah berbanding keluar bersosial bersama rakan-rakan.

"Kami memang jaga kesihatan. Dah beberapa bulan tak lepak di luar, hanya duduk di rumah atau ke gim sahaja.

Insomniacks teruja mahu bertemu peminat. 

"Kami juga kurangkan merokok, dan kalau batuk terus ambil ubat. Kalau sakit, memang koyaklah. Mungkin kami akan cari orang untuk disalahkan," selorohnya ketika ditemui mStar pada sesi latihan eksklusif di ibu kota, Selasa lalu.

Bagi Iskandar, konsert ini merupakan impian yang sudah lama dipendam selepas berjaya mencapai 1,000 pengikut di Instagram kira-kira 10 tahun lalu.

Dia juga menganggap satu pencapaian buat kumpulan itu apabila tiket habis terjual dalam tempoh empat jam.

ARTIKEL BERKAITAN: Insomniacks artis tempatan paling tinggi distrim, kekal sederhana tak kejar populariti 

ARTIKEL BERKAITAN: Tiket ‘sold out’, Insomniacks tak rancang tambah hari kedua konsert di Zepp KL

"Ini memang impian kami sejak 10 tahun lepas. Masa kami baru ada 1,000 pengikut, kami dah bayangkan betapa seronoknya kalau dapat kumpulkan mereka dalam satu bilik dan menyanyi bersama-sama.

"Sekarang, impian itu akhirnya menjadi kenyataan dengan adanya konsert ini.

Persiapan rapi giat dilakukan sebelum konsert. 

"Awalnya kami macam ragu-ragu sama ada konsert ini akan berjaya atau tidak tapi selepas tiket habis kami sudah rancang mahu adakan konsert lagi pada tahun hadapan" katanya.

Sementara itu, Danial memaklumkan pelbagai kejutan menanti peminat yang hadir pada malam tersebut, termasuk persembahan bertenaga serta kemunculan penyanyi jemputan.

"Persiapan sudah 90 peratus siap. Pada malam konsert nanti, kami akan tampilkan beberapa kejutan untuk peminat seperti teaser lagu baharu, penyanyi jemputan, cover istimewa dan susunan lagu yang pasti memberikan kelainan kepada penonton," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain