suria

Bertanya sebab tak tahu, Syasya Rizal perjelas isu termakan daging babi

Perkongsian Syasya menimbulkan salah faham.

PENYANYI Syasya Rizal tampil memberi penjelasan berhubung isu termakan daging babi di sebuah restoran di China. 

Tidak seperti yang disangka ramai, kata Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24 makanan yang sedang dikunyah dalam sebuah video sebelum ini bukan daging babi. 

"Tempat yang saya pergi itu ada label halal. Bukannya saya pergi tempat sembarangan yang tidak halal. Kadang-kala kita lupa, lain negara, lain caranya. Ia proses belajar. 

Syasya enggan orang ramai salah faham. 

"Waktu itu dalam mulut saya tengah kunyah benda lain, bukan pun yang ada unsur haram," katanya. 

Syasya menulis perkara tersebut di laman TikTok miliknya selepas timbul kekeliruan terhadap satu video yang dikongsi sebelum ini. 

Tambah penyanyi ini dia juga tidak pernah berdepan situasi sebegitu di mana sebuah restoran mempamerkan tanda halal namun tetap menyediakan makanan yang tidak sesuai untuk pelanggan Muslim. 

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah ragu-ragu soal penampilan, Syasya Rizal kongsi pengalaman kali pertama bercuti pakai hijab 

ARTIKEL BERKAITAN: Ada sebab Syasya Rizal padam foto lama, bukan lagi cerminan diri lepas bertudung

Menurut Syasya dia berkongsi video berkenaan juga sebagai satu bentuk peringatan buat dirinya. 

"Saya bertanya sebab saya benar-benar tak tahu. Ini kali pertama berdepan situasi sebegini ketika bercuti. Bukan sebab saya biasa dan bangga makan makanan haram. 

"Saya kongsi video sebagai peringatan untuk diri sendiri atau mungkin untuk orang yang masih belajar," ujarnya. 

Syasya ketika bercuti dengan suami dan anaknya. 

Dalam video yang dikongsi sebelum ini, Syasya bertanya kepada suaminya iaitu Nasrullah tentang daging yang mereka ambil ketika di restoran berkenaan. 

Ketika itu kelihatan Syasya sedang mengunyah makanan sehingga menimbulkan salah faham dia sebenarnya sudah termakan daging babi. 

Video yang dimuat naik di TikTok itu bagaimanapun telah dipadamkan selepas ramai yang keliru tentang perkongsian berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain