suria

Atikah Suhaime memangku anak lima jam dalam kereta gara-gara terpengaruh video tak betul

Atikah sanggup lakukan apa saja untuk anak.

GARA-GARA menonton sebuah video di platform TikTok, pelakon Datin Atikah Suhaime mengakui berasa takut untuk meletakkan puteri sulungnya di dalam kerusi keselamatan bayi (car seat) semasa pulang ke Singapura baru-baru ini.

Atikah berkata, sebagai ibu yang baru kali pertama menimang cahaya mata, dia sentiasa berusaha mencari maklumat mengenai keselamatan anaknya namun tidak menyangka berita yang dilihat di media sosial itu mempengaruhi dirinya ketika itu.

"Saya rasa semua orang yang kali pertama menjadi ibu ada perasaan yang sama. Kita pula bukan tengok sumber yang betul. Saya tengok TikTok dan terus percaya," katanya kepada mStar.

Atikah terpengaruh dengan maklumat tidak benar.

Atikah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan episod pertama My Stupid Boss: The Animated Series yang berlangsung di Petaling Jaya pada petang Jumaat.

Menurut Atikah, video yang ditonton memberi amaran bahawa kerusi keselamatan bayi boleh menjadi ‘pembunuh senyap’ kerana dikatakan boleh mengganggu pernafasan bayi sekiranya digunakan terlalu lama.

"Sebenarnya saya selalu letak Mulan dekat car seat tapi bila ternampak video TikTok yang mengatakan bayi tak boleh terlalu lama berada dalam car seat kerana bimbang tak boleh bernafas terus saya jadi takut. 

ARTIKEL BERKAITAN: Atikah Suhaime rancang masa depan anak, harap Mulan tak benci

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas setahun nikah baru dapat ‘honeymoon’, Atikah Suhaime pilih destinasi dalam negara

"Dia bukan jerit, kadang kala kita tak tahu apa jadi pada dia dan ingat dia sedang tidur jadi saya paniklah," luahnya.

Disebabkan rasa trauma itu, Atikah sanggup memangku anaknya sepanjang lima jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura.

Tambah Atikah, suaminya, Datuk Lokman Tea turut berasa bimbang dengan keputusan tersebut namun memilih untuk mempercayai nalurinya sebagai seorang ibu.

Suami sentiasa prihatin dengan keadaan Atikah.

“Memang sepanjang lima jam saya peluk dia. Sampai masuk Singapura pun masih gendong.

“Suami saya ada tegur juga. Dia tanya, betul ke nak pegang anak sepanjang jalan? Dia tanya saya sakit ke tak. Tapi saya kata tak sakit sebab saya pun memang selalu buat latihan angkat berat,” ujarnya berseloroh.

Sebelum ini, nama Atikah menjadi bualan netizen selepas mendakwa kerusi keselamatan bayi tidak selamat untuk digunakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain