suria

[V] Black Hanifah kena ‘scam’, dakwa individu lari daripada tanggungjawab urus konsert

PENYANYI Black Hanifah kesal apabila didakwa ditipu seorang individu yang melarikan diri daripada tanggungjawab bagi menguruskan hal promosi konsert Nyawa By Black Hanifah. 

Menurut Black atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad Hanafiah, 38, dia bersama pihak penganjur telah berusaha menghubungi individu berkenaan, namun gagal.

"Semua persiapan sudah buat awal, cumanya ada seorang hamba Allah yang sepatutnya uruskan kerja-kerja media menghilangkan diri.

Black fokus jualan tiket konsert.

"Maksudnya kami semua dah kena tipu dengan dia dan perkara itu buatkan saya terkejut.

"Dah cuba cari tapi tak jumpa, jadi kami usaha cari jalan penyelesaian sendiri sebab apapun kerja-kerja yang dia tinggalkan tetap kena selesaikan," katanya kepada mStar.

Black berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media konsert Nyawa yang diadakan di Grand Premier Hall, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor pada Khamis.

Dalam pada itu, Black mengakui kejadian tersebut menyebabkan isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi berang kerana menganggap individu itu mengambil ringan perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pandai jaga tutur kata meski berwajah ganas, Black Hanifah terkejut CEO Batu terlibat kes amang seksual 

ARTIKEL BERKAITAN: Black Hanifah jual kapal persiaran mewah, hasil duit menyanyi beli tanah ‘view’ laut di Langkawi

Malah Black turut memaklumkan mereka mengalami kerugian dan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang. 

Bagaimanapun hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada jualan tiket konsert.

"Isteri saya serius bila melibatkan hal kerja sehinggakan saya pun kena marah bila buat kerja sambil lewa.

Black ketika sidang media Konsert Nyawa By Black Hanifah.

"Kerugian memang ada dan saya cadang nak ambil tindakan undang-undang ke atas individu itu.

"Namun bila difikirkan kami tunda dahulu sebab nak beri tumpuan pada jualan tiket." jelasnya.

Difahamkan tiket Konsert Nyawa By Black Hanifah sudah 70 peratus terjual menerusi platform ilasso tickets.

Konsert tersebut dijadualkan berlangsung di Setia City Convention Centre, Shah Alam, Selangor pada 26 Julai ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain