PELAKON Hun Haqeem tidak malu untuk menjalani ujian kesuburan sebagai usaha memecahkan stereotaip hanya wanita yang perlu melakukannya ketika melayari bahtera rumah tangga.
Menurut Hun atau Haqeem Hermy, 27, langkah itu adalah adil dan wajar memandangkan masalah untuk mendapatkan zuriat bukan hanya berpunca daripada wanita semata-mata.
“Sudah tentu saya akan buat ujian kesuburan, bagi saya setiap lelaki perlu lakukan.
Hun tak malu jika perlu lakukan ujian kesuburan.
“Ia adil supaya kedua-dua pihak tahu apa masalah yang dihadapi.
“Jika ada yang tidak kena, cuba cari penyelesaian bersama sebab komunikasi itu penting dalam perkahwinan,” katanya kepada mStar.
Hun berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas majlis sidang media drama bersiri Mandul Bukan Pilihan yang diadakan di TGV Cinemas, Suria KLCC, Kuala Lpur pada Khamis.
Berkongsi tentang soal perkahwinan, Hun tidak menafikan dia turut menyimpan hasrat untuk mendirikan rumah tangga.
ARTIKEL BERKAITAN:Hun Haqeem buat lagak ngeri sendiri, guna ‘stunt double’ jika aksi terlalu bahaya
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Harga naik selepas menang anugerah... Hun Haqeem masih sama, beri komitmen penuh berbaloi bayaran
Tambah Hun, perasaan itu timbul selepas melihat kebahagiaan yang dinikmati rakan-rakan pelakon yang sudah berkeluarga.
“Apabila digandingkan dan bekerjasama dengan pelakon-pelakon yang sudah berkeluarga, ia merupakan satu pengalaman yang membuka mata.
“Kadang-kadang bila saya berada di set penggambaran, hari-hari saya cakap saya nak kahwin sebab tengok pelakon di sekeliling saya semuanya nampak gembira.
Sudah tentu saya akan buat ujian kesuburan, bagi saya setiap lelaki perlu lakukan.
HUN HAQEEM
PELAKON
“Mereka bercerita tentang anak-anak, kehidupan rumah tangga, dan saya rasa itu satu perkara yang indah,” ujarnya.
Namun begitu, Hun turut mengakui perkahwinan bukanlah sekadar keindahan semata-mata, sebaliknya memerlukan ketabahan dalam menghadapi cabaran hidup bersama.
“Secara jujurnya, itulah keindahan sebenar yang buatkan saya rasa nak berkahwin. Generasi baru perlu rasa keindahan itu.
Hun bersama pelakon drama Mandul Bukan Pilihan.
“Tapi ia bukan hanya tentang kemanisan semata-mata, tetapi kesusahan yang datang bersama pun sebenarnya adalah sesuatu yang sangat indah,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Hun bakal tampil dengan drama bersiri terbaharu lakonannya berjudul Mandul Bukan Pilihan bermula 14 Julai ini menerusi saluran Astro Ria dan aplikasi Sooka.
Drama bersiri 28 episod itu diarahkan pengarah Osman Ali yang turut menampilkan pelakon lain seperti Mira Filzah, Ashraf Muslim, Ayda Jebat, Normah Damanhuri, Chacha Maembong, Wan Raja dan Sharifah Shahora.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube