PENYANYI Datuk Amy Search sudah menghubungi rakan artis Datuk Awie susulan kontorversi yang menjadikan nama kedua-dua mereka sebelum ini menjadi bualan hangat.
Kata Awie atau Ahmad Azhar Othman, 56, dia juga terbuka memberi sokongan buat Amy sekiranya penyanyi itu memerlukan sebarang bantuan.
“Dia ada minta maaf. Saya cakap kalau perlukan apa-apa bantuan, beritahu. Saya akan cuba bantu mana yang boleh,” katanya kepada mStar.
Awie akui tertekan apabila ramai menuduh dirinya terlibat.
Awie berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media The Chosen One Xtra X Jutawan Ekpress yang diadakan di Astro, Bukit Jalil pada Selasa.
Dia mengulas perkara berkenaan susulan kontroversi melibatkan Shila Amzah yang mendakwa diherdik oleh Amy ketika mereka sama-sama terlibat dalam sebuah acara.
Bercakap lanjut, Awie juga memberitahu kisah panas itu turut memberi kesan kepada dirinya apabila ramai yang menuding jari menuduh dia sebagai penyanyi yang menyerang Shila.
ARTIKEL BERKAITAN: “Amy Search, kau ceritalah benda yang betul” - Awie
ARTIKEL BERKAITAN: Nama kena petik serang Shila Amzah, Awie jelaskan tiada di lokasi kejadian... “Merangkaklah dekat akhirat”
Dia kemudian secara terbuka menyebut nama Amy dalam hantaran di sosial media meminta penyanyi itu tampil memberi penjelasan.
“Saya minta maaf kerana saya pun stres. Saya pun terpaksa kena nak bersihkan nama saya.
“Saya cuma berdoa semoga orang boleh ingat kebaikan saya, asyik ingat buat jahat sahaja. Saya pun ada buat kebaikan untuk pengetahuan semua,” ujarnya.
Saya pun terpaksa kena nak bersihkan nama saya
DATUK AWIE
PENYANYI
Dalam masa dia juga berharap Shila dan Amy dalam menyelesaikan kemelut ini secara baik agar tidak berpanjangan.
Bagi Awie kontroversi sebegini akan mencemarkan nama baik anak seni sehingga boleh menimbulkan kecaman netizen.
“Saya pun berharap sangat supaya Shila dan penyanyi legenda itu berbaik dan tidak akan memanjangkan cerita ini. Sebab saya tahu penyanyi tersebut orangnya jenis bercakap lembut dan Shila dan tentulah dia pula wanita.
Awie harap Shila dapat berbaik dengan Amy.
“Kita pun tahu ada pasang surutnya kehidupan kan. Jadi, harap-harap mereka kekal baik.
“Kita rakan satu industri seni ini, pusing kanan pusing kiri akan jumpa juga akhirnya. Jangan gaduh-gaduh, jangan keruhkan lagi suasana yang tengah teruk di mana kita boleh lihat artis dan industri mudah dihina oleh netizen,” kongsinya.
Shila pada 10 Julai lalu tampil membuat laporan polis berhubung dakwaan diserang oleh seorang penyanyi legenda.
Dia kemudian mengesahkan penyanyi yang dimaksdukan itu adalah bapa kepada aktres Nabila Huda iaitu Amy.
Pihak polis telah mengambil keterangan kedua-dua belah pihak dan hasil siasatan mendapati ia berpunca berpunca daripada rasa tidak puas hati Amy terhadap Shila yang didakwa mencampur urusan keluarganya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube