PELAWAK Amir Raja Lawak akhirnya mendedahkan faktor utama dia menuntut bayaran tertunggak dari sebuah stesen televisyen adalah untuk menanggung kos perubatan bapanya yang sedang sakit.
Kata Amir atau Mohammad Amirullah Azmi, 35, dia mahu bayaran penuh berjumlah RM18,000 dari pihak berkenaan sebagai usaha untuk rawatan bapanya yang menghidap kanser usus.
"Ini soal hidup dan mati bapa saya. Ini juga soal usaha dan ikhtiar kami sekeluarga buat abah.
Perkongsian Amir sebelum ini yang dimuat naik di Instagram miliknya.
"Saya tak minta duit kami. Saya tak minta pinjam duit. Saya minta duit dan hak saya.
"Tak perlu saya jelaskan keadaan abah atau apa yang kami sekeluarga tengah hadap. Semua boleh tahu keadaan pesakit kanser usus bagaimana," katanya.
Amir berkongsi luahan tersebut di Instagram berserta gambar bapanya yang duduk di atas kerusi roda.
Tambah Amir selepas dia memuat naik hantaran sebelum ini, pihak berkenaan ada menghubungi dan menawarkan bayaran ansuran berjumlah RM3,000.
ARTIKEL BERKAITAN: Stesen TV gagal lunaskan baki bayaran RM18,000, Amir Raja Lawak perlu duit segera bantu keluarga
ARTIKEL BERKAITAN: Penat tunggu tiga tahun, Mamak Puteh mahu buat laporan polis tuntut baki bayaran RM18,000
"Saya nak RM18,000 penuh tanpa diskaun atau bayar ansur-ansur sebab kecemasan.
"Selepas viral mereka ada nak beri RM3,000 tetapi saya tak mahu. Sebabnya sebelum ini pernah beri RM5,000 awal tahun lepas. Kemudian sampai sekarang belum dapat apa-apa lagi," ujarnya.
Dalam hantaran sebelum ini Amir meminta pihak berkenaan membuat bayaran segera dan hanya memberitahu ia bertujuaan untuk membantu keluarga.
Difahamkan wang tersebut merupakan bayaran bagi penglibatannya dalam sebuah program bersama stesen televisyen berkenaan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube