suria

Adzrin Adzhar diherdik pelakon veteran, siap pengaruh produksi gugur nama jadi pengajar… Tak setanding sebab dah 5 dekad dalam industri

Adzrin menangis apabila diherdik pelakon senior.

ISU Shila Amzah diherdik artis legenda sebelum ini mendapat perhatian ramai termasuk penyanyi dan guru vokal, Adzrin Adzhar yang berkongsi pengalaman sama. 

Adzrin Noradzrin Adzhar, 40,  meluahkan rasa kecewa selepas berdepan layanan yang dianggap menghina daripada seorang pelakon senior tanah air.

Menurutnya salah faham mula timbul apabila dia menjawab beberapa soaan yang diajukan secara profesional. 

Nama Adzrin digugurkan daripada tenaga pengajar sebuah program televisyen.

“Bila dia tanya soalan demi soalan, saya jawab semuanya. Bukan menjawab untuk melawan atau buat dia rasa terancam.

“Tapi dia kata saya tak boleh mengajar dan tak setanding dengan dia sebab dia dah lima dekad dalam industri.

“Malah dia juga cakap yang dia alergi dengan saya. Disebabkan itu saya sangat kecewa dan terus menangis,” katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Dia sebelum itu turut berkongsi luahan sama dalam beberapa hantaran di Instagram miliknya pada Selesa. 

ARTIKEL BERKAITAN: Juara ‘Suara Viral 2.0’ Adzrin Adzhar kongsi pengalaman hidap kanser ovari, tabiat telan kolagen antara punca sel barah aktif

ARTIKEL BERKAITAN: Ernie layak menang, netizen punca Aina Abdul kalah... Cikgu Adzrin Adzhar ‘react’ vokal AJL39!

Katanya insiden tersebut berlaku dalam satu sesi perbincangan produksi bersama beberapa tenaga pengajar dan pihak yang terlibat. 

Bercerita lanjut, dakwa Adzrin, pelakon itu bukan sahaja mempertikaikan kemampuannya sebagai tenaga pengajar, malah menggesa pihak produksi untuk menggugurkan namanya daripada sebuah program seni yang sedang dirancang.

“Artis itu juga beri saranan pada pihak produksi untuk gugurkan nama saya depan semua orang ketika dalam sesi perbincangan.

“Saya memang malu ketika dia buat begitu. Hari ini saya diberitahu yang memang nama saya digugurkan sebagai tenaga pengajar program berkenaan,” jelasnya.

Luahan Adzrin menerusi Instastorynya.

Walaupun kecewa dan terluka dengan tindakan tersebut, Adzrin tetap positif dan menganggap segala yang berlaku pasti ada hikmah tersendiri.

Malah Adzrin menjelaskan dia tidak berdendam dan masih terbuka untuk bekerjasama sekiranya diberi peluang.

“Tapi saya anggap ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dan percaya dengan rezeki yang ditetapkan Tuhan.

“Walaupun saya sudah diperlakukan sedemikian, pintu hati saya masih terbuka untuk bekerja dengan artis itu.

“Sedikit pun saya tak simpan dendam lepas apa yang terjadi antara kami berdua,” luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain