PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza kembali berkolaborasi dengan komposer Indonesia, Ade Govinda dalam lagu baharu berjudul Menamakanmu Cinta.
Mudah menjalinkan kerjasama, kata Siti karya tersebut juga dihasilkan dalam tempoh singkat sebelum mula dilancarkan pada 18 Julai lalu.
"Lagu ini saya rakam beberapa minggu sebelum dilancarkan. Bila bekerja dengan orang laju, begitulah jadinya. Ada seorang yang sangat produktif.
Siti dan Ade mudah bekerjasama.
"Lagu ini memang sedap dan saya suka apabila kali pertama mendengar. Ada sentuhan magis tersendiri. Bila sentuhan ada keajaiban, buat apapun akan menjadi," katanya.
Lagu ini merupakan karya keempat ciptaan Ade buat Siti selepas Terbaik Bagimu, Engkau dan Tak Pernah Ragu.
Membawa kisah tentang percintaan, Ade memberitahu idea asal lagu ini adalah untuk dijadikan dendangan ketika majlis pernikahan.
ARTIKEL BERKAITAN: Sediakan makanan setiap hari, Siti Nurhaliza komited bantu Palestin
ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza mohon maaf, terkhilaf promosi produk tanpa selidik
"Idea awal lagu ini muncul kerana saya mahu mencipta karya yang boleh dinyanyikan di setiap pernikahan sesiapa pun.
"Proses bekerja dengan Siti sangat cepat dan menyenangkan. Saya boleh mengeksplorasi vokalnya secara luar biasa dalam waktu singkat," ujarnya.
Dalam masa sama, Ada juga memuji keperibadian Biduanita Negara ini yang cukup mesra dan sentiasa berhati mulia.
Ade kagum dengan keperibadian Siti.
Katanya sesi rakaman berlangsung secara santai namun mereka tetap profesional menyiapkan karya terbaharu itu.
"Siti seperti biasa sentiasa prihatin kepada semua orang. Ketika sesi rakaman, dia pasti bawa banyak makanan.
"Suasana sangat santai namun tetap profesional sehingga saya rasa bebas untuk eksplorasi kreativiti," jelasnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube