suria

Vida puji Ammar Ahyan matang dan jaga solat, sedar netizen cuba ‘kenenkan’ dengan Cik B

Vida puji keperibadian Ammar yang sangat budiman.

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Vida menyifatkan anak kepada Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan sebagai seorang remaja yang matang dan bertanggungjawab, terutamanya dalam menjalankan peranan sebagai abang kepada adik-adiknya.

Menurut Vida atau Hasmiza Othman, 54, sikap Ammar yang menjaga solat turut menarik perhatiannya sebagai seorang yang berdisiplin dan berpegang pada nilai agama.

“Ammar ini saya nampak dia seorang abang yang sangat bertanggungjawab.

Ammar ketika makan malam bersama Cik B.

"Pernah masa dia datang ke rumah saya dan ketika itu dia sedang makan, tapi sebaik sahaja dengar azan dia terus berhenti.

"Dia pergi solat dulu, kemudian baru sambung makan. Saya perhatikan dia memang jaga waktu solat,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Vida turut menyedari terdapat netizen yang cuba menjodohkan anak perempuannya, Cik B, dengan Ammar.

Namun, Vida menegaskan soal jodoh bukan sesuatu yang boleh dipaksa dan dia lebih selesa membiarkan anak-anak menentukan sendiri perjalanan hidup mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Tempurung lutut Cik B retak, perlu tiga bulan tempoh rehat... Vida terkejut dapat khabar ketika di luar negara

ARTIKEL BERKAITAN: Vida hantar Cik B sambung belajar di Sepanyol, kos sebulan setengah juta... Anak tak bosan pergi London balik hari pun boleh

"Netizen cuba jodohkan Cik B dengan Ammar, tapi saya rasa biarlah mereka sendiri tentukan haluan masing-masing.

"Buat masa sekarang, Cik B memang belum terbuka hati nak suka sesiapa pun. Tapi memang ramai lelaki yang rapat dengannya.

"Cuma dia memang jenis yang susah nak suka orang. Apapun yang dia suka, saya akan sokong,” jelasnya.

Netizen cuba-cuba mahu jodohkan Cik B dengan Ammar.

Bercerita lanjut, Vida menegaskan dia tidak berminat menggunakan hubungan antara Cik B dan Ammar sebagai bahan publisiti atau strategi pemasaran demi meraih perhatian.

“Saya tak mahu gunakan hubungan mereka ini untuk tarik publisiti. Sebab itu kalau perasan, saya lebih banyak berdiam diri.

“Kalau Ammar datang rumah, saya anggap itu perkara biasa saja. Tak ada apa-apa yang perlu digembar-gemburkan,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain