PELAKON Zarina Zainuddin tidak melatah apabila alunan selawat yang dikongsikan di TikTok dipersenda netizen kerana dikatakan tiada bakat sebagai penyanyi dan bersuara sumbang.
Zarina, 54, berkata meskipun menerima reaksi negatif, dia bersyukur kerana perkongsian tersebut sedikit sebanyak mampu mengajak orang ramai meraih pahala.
Tambahnya dia juga akan menyertai kelas vokal selepas ramai yang menasihatinya untuk berbuat demikian.
Zarina tenang terima kecaman netizen.
"Saya baca saja komen netizen tapi biarlah memang suara saya tak sedap pun. Betullah apabila mereka ketawakan saya.
"Tapi ada juga orang komen kata saya ajak berselawat walaupun suara saya sumbang dan masing-masing dapat pahala.
"Nanti ada masa saya masuk kelas vokal," katanya ketika dihubungi mStar.
ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Zainuddin alun selawat tafrijiyyah, netizen pertikai suara tak merdu… “Saya dengar nak dapat pahala, tapi dosa pula yang datang”
ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Zainuddin hanya kongsi perkembangan, tiada niat jadikan anak Ridzokumura ‘content’ media sosial
Tambah Zarina, rakaman tersebut belum disunting sepenuhnya malah dia mengakui kesilapannya yang tidak sabar untuk berkongsi kepada peminat.
"Selawat itu pun belum membuat sebarang suntingan, jadi kedengaran pelik.
"Silap saya nak kongsi terlalu awal sebelum suntingan sehingga jadi macam itu (dikecam)," jelasnya.
Terus rakam sambil baca tulisan jawi
ZARINA ZAINUDDIN
PELAKON
Berkongsi lebih lanjut, Zarina memberitahu rakaman tersebut dilakukan di Brunei bersama guru mengaji peribadinya yang juga artis di sana.
Malah dia juga tidak berhasrat untuk meluncurkan album kerana dirinya bukan seorang penyanyi.
"Sebenarnya saya bukan berselawat seorang diri tapi bersama guru mengaji saya iaitu Siti Fatimah Al Zahra.
Antara komen netizen yang mengecamnya.
"Rakaman juga dilakukan di Brunei. Saya sempat rakamkan tiga jenis selawat saja. Berlatih pun tidak, terus rakam sambil baca tulisan jawi," luahnya.
Sebelum ini, Zarina memuat naik dua video alunan selawatnya di platfrom TikTok namun menerima pelbagai kecaman.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube