PELAKON Ruhainies sekali lagi menegaskan kehidupannya tidak pernah ditaja oleh mana-mana individu atau ‘sugar daddy’.
Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 33, berkata, dia tidak pernah bergantung hidup kepada sesiapa, sebaliknya rezeki yang diperolehinya selama ini adalah atas usaha sendiri.
"Kaya tu tidak, tapi tak susah dan tak perlu dibela.
Perkongsian Ruhainies di Inststory miliknya.
"Cukuplah ada Allah kerana dari dulu Dia yang memberi rezeki," katanya di Instastory pada malam Selasa.
Ruhainies berkongsi perkara itu sebagai respons menerusi dakwaan mendakwa dia menjalani kehidupan mewah hasil bantuan seseorang yang berpengaruh.
Bercerita lanjut, Ruhainies menyifatkan dakwaan tersebut sebagai cubaan untuk menjatuhkan dirinya, namun dia memilih untuk bersikap tenang dan reda.
"Tak kisah jika ada yang cuba untuk menjatuhkan. Yang lepas pun berlaku atas izin Allah. Saya dah mula belajar reda.
ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh ada ‘sugar daddy’, Ruhainies tanya mana dapat maklumat
ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh pakai tasbih digital terbalik, Ruhainies kongsi cara guna ikut keselesaan diri
"Mungkin kalau ada yang nak mencuba lagi, jangan jatuh perangkap sendiri," ujarnya.
Sementara itu, Ruhainies turut terkejut apabila muncul pula nama individu yang dikenalai sebagai Bella didakwa pernah membuat pendedahan mengenai perkara sama.
Ruhainies meminta sesiapa yang mempunyai bukti agar tampil mengemukakan kenyataan sebenar, kerana setakat ini dia belum melihat sebarang sumber yang sahih.
"Bella mana ni? Betul ke dia ada cakap macam itu (dibela)? Saya baca ramai cakap macam tu.
Ruhainies berjaya atas usaha sendiri.
"Sesiapa boleh kongsikan kalau ada video atau kenyataan tentang perkara ini? Sebab sudah banyak kenyataan macam ni di semua platform media sosial.
"Saya nak tahu adakah sekadar nak melagakan atau memang ada kenyataan seperti ini dibuat umum," katanya lagi.
Sebelum ini Ruhainies menyelar kenyataan seorang pengguna media sosial yang menudih kemewahannya ditaja seseorang.
Tegas menafikan hal tersebut, pelakon itu juga tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis atas dakwaan kenyataan fitnah.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube