suria

Giliran Suraya Borhan tinggalkan Suria FM, terbuka intai peluang stesen radio lain

Suraya sedih tinggalkan Suria FM selepas hampir 10 tahun.

HAMPIR 10 tahun berkhidmat, penyampai radio Surya Borhan memaklumkan kontraknya di Suria FM berakhir pada Jumaat.

Suraya, 43, berkata berita itu amat memberi kesan kepada dirinya memandangkan dia baharu sahaja kehilangan ayah pada Julai lalu.

"Saya menyimpan perkara ini sejak dua minggu lalu. Ketika diberitahu kontrak tamat, ayah saya baharu lima hari meninggal dunia.

Foto terakhir Suraya bersama Chiwan.

"Saya tahu ini realiti yang perlu diterima, orang datang dan pergi. Saya reda cuma ambil masa untuk sesuaikan diri," katanya kepada mStar.

Cerita Suraya, sebelum bapanya menghembuskan nafas terakhir, arwah ada memaklumkan kepada ibunya mengenai kebimbangan jika anak-anak tidak mempunyai pekerjaan untuk menyara hidup.

"Beberapa hari sebelum ayah pergi dia ada bertanya kepada ibu keadaan saya kerana tahu kontrak akan tamat pada Ogos ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Suraya Borhan selamat bersalin anak kedua, sempat makan shellout layan bola sebelum masuk hospital

ARTIKEL BERKAITAN: Penantian tujuh tahun Suraya Borhan berakhir - “Kebetulan baby nak keluar waktu Perintah Kawalan Pergerakan”

"Dia nak tahu perkhabaran kontrak saya kerana sentiasa bimbang kalau anak-anak tidak berkerja tapi ketika itu ibu saya cuba tenangkan arwah," kongsinya.

Berkongsi mengenai kenangan manisnya sepanjang berkhidmat di Suria FM, Suraya berkata setiap kenangan bersama rakan-rakan penyampai akan momen terindah. 

Rasa cinta saya terhadap dunia radio sangat tinggi.

SURAYA BORHAN

PENYAMPAI RADIO

"Hari-hari kami jumpa dan hubungan dengan rakan sekerja jadi sangat akrab. Soal makan tak pernah berkira. Bukan saja di pejabat tapi diluar pun kami selalu lepak dan bercuti bersama.

"Saya tidak dapat perkara itu di stesen sebelum ini tapi saya dapat di sini. Bila kita bawa haluan lain di luar kita akan rindu momen untuk berkerja bersama," ujarnya.

Dalam pada itu, Suraya memberitahu dia ingin mencari pengalaman di tempat baharu memandangkan sangat menyukai kerjaya sebagai penyampai radio.

"Rasa cinta saya terhadap dunia radio sangat tinggi kerana saya bermula sejak 2007 lagi. Saya masih ingin berkerja kalau dapat ruang di radio lain kerana minat tak pernah padam.

Suraya sebelum ini pernah berkerja bersama Ajak dan Fizz Fairuz.

"Anak-anak masih kecil dan saya masih ada tanggungjawab yang tinggi setiap bulan," ujarnya.

Untuk info, Suraya mula berkhidmat sebagai penyampai radio Suria FM sejak 2016.

Sebelum itu dia berkerja sebagai penyampai di Hot FM pada 2009 sehingga 2014.

Sementara itu, pengurusan Suria FM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas dedikasi yang tidak ternilai selama sembilan tahun berkhidmat.

Suraya bersama rakan-rakan di Suria FM.

 "Suraya sentiasa memperlihatkan komitmen dan profesionalisme yang tinggi serta menjadi inspirasi kepada rakan sekerja di Suria FM.

"Kami mendoakan yang terbaik buat Suraya dalam setiap langkah dan cabaran baharu yang bakal ditempuhi selepas ini," katanya.

Pada 18 Julai lalu, Datuk Fizz Fairuz turut memaklumkan kontraknya sebagai penyampai radio di Suria FM sudah berakhir selepas setahun enam bulan berkhidmat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain