suria

Pernah alami keguguran, Puteri Khareeza syukur diberi peluang hamil lagi 

Puteri Khareeza umum hamil anak pertama.

PELAKON dan penyanyi, Puteri Khareeza berkongsi berita gembira apabila sedang hamil enam bulan. 

Puteri Khareeza atau nama sebenarnya Puteri Aszfaryna Khareeza Arif, 26, berkata sepanjang kehamilan dia berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami alahan teruk. 

"Alhamdulillah, saya tidak berdepan dengan 'morning sickness' sejak trimester pertama. Tiada muntah-muntah.

"Saya dapat tahu mengandung sebab lambat datang bulan dan buat ujian kehamilan," katanya ketika ditemui pada sidang media malam kemuncak Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025 di Bangsar pada malam Khamis. 

Puteri Khaareeza tidak mahu terburu-buru kongsi kehamilannya. 

Menurut Puteri Khareeza, dia tidak berniat untuk merahsiakan kehamilannya namun mengambil langkah berhati-hati kerana pernah mengalami keguguran pada akhir tahun lalu. 

"Saya keguguran Disember tahun lalu. Ketika itu, usia kandungan tujuh minggu. Sebab itulah kali ini, saya tak mahu beritahu lebih awal.

"Memang tidak boleh dirahsiakan sekarang kerana perut makin membesar dan sudah rasa mengah. Ramai beritahu sudah nampak 'baby bump', jadi, saya beritahu sahajalah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Salah diri sendiri... Kurang aktif di media sosial punca Puteri Khareeza gagal raih undian penonton

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Khareeza dapat peluang kedua, 8 peserta berentap rebut tempat ke final Big Stage 2023

Puteri Khareeza mengaku sudah mengetahui jantina bayi, namun memilih untuk merahsiakannya.

Puteri Khareeza dan suami, Mohd Shukor Khamaruddin mendirikan rumah tangga pada 24 Februari 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain