NAMA penyanyi nasyid, Dr Fitri Haris menjadi perbualan hangat netizen susulan dakwaan berlaku curang terhadap isterinya yang baru melahirkan cahaya mata.
Bagaimanapun, Fitri atau nama sebenarnya Mohamad Fitri Mohamad Haris, 40, menafikan tuduhan tidak berasas itu dan menegaskan rumah tangganya bersama isteri, Fazilah Omar berada dalam keadaan baik.
"Tak adalah, isteri saya dan anak-anak juga ada di sini. Kami bahagia dan sihat sahaja.
Fitri dan isteri pilih saling percaya.
“Bagi saya, dakwaan itu tidak ditujukan kepada saya. Saya menafikannya,” katanya kepada mStar.
Fitri berkongsi perkara itu ketika ditemui di Al-Quran di Mana-Mana @ Bukit Bintang yang berlangsung pada malam khamis.
Jelas Fitri, dia hanya mengetahui tentang dakwaan itu selepas dimaklumkan oleh wartawan, namun memilih untuk tidak melatah kerana yakin ia hanyalah tekaan netizen semata-mata.
Katanya, dia tidak mengikuti perkembangan dunia hiburan kerana sibuk dengan tugasnya sebagai pensyarah.
ARTIKEL BERKAITAN: Fitri Haris sambut anak ketiga di United Kingdom, kongsi tarikh lahir sama
ARTIKEL BERKAITAN: Dr Fitri Haris terima pengiktirafan individu paling berjaya, setaraf tokoh ternama Malaysia dalam Ensiklopedia Britishpedia 2022
“Ini kali pertama saya dengar perkara ini. Masa saya banyak dihabiskan bersama keluarga dan kerjaya sebagai ahli akademik.
“Pada hujung minggu pula saya terlibat dengan kumpulan UNIC. Jadi, saya memang tiada masa untuk melayan dakwaan seperti itu. Saya juga tak rasa apa-apa sebab saya tahu itu bukan saya,” katanya lagi.
Tegasnya, tuduhan tersebut tidak berasas dan hanya bersifat andaian tanpa sebarang bukti.
“Dalam Islam, antara dosa yang mudah diampunkan oleh Allah ialah dosa orang yang jahil. Saya anggap mereka (netizen) ini tidak tahu dan sekadar meneka sahaja,” ujarnya.
Saya percaya pada suami saya.
FAZILAH
ISTERI FITRI HARIS
Sementara itu, Fazilah berkata dia memilih untuk mempercayai suaminya malah menegaskan rumah tangganya dalam keadaan bahagia.
"Saya tak boleh nak cakap apa-apa dan tiada apa yang nak diulas. Saya percaya pada suami saya.
"Saya rasa perkara ini melibatkan banyak pihak, kalau tidak tentu saja dia sudah lama mengesahkan tuduhan itu. Alhamdulillah saya dan suami okay sahaja," ujarnya.
Sebelum ini, sebuah portal melaporkan seorang penyanyi nasyid didakwa berlaku curang dengan anak kepada ahli politik dan kerap menghabiskan masa bersama di pusat beli belah di Kuala Lumpur.
Fitri dan Fazilah baru sahaja timang cahaya mata kedua.
Untuk rekod, Fitri dan isteri mendirikan rumah tangga pada Disember 2019 dan memiliki dua cahaya mata.
Fitri sebelum ini pernah mengalami kegagalan berumah tangga sebanyak tiga kali dan hasil daripada salah satu perkahwinan itu dia dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Sofea Solehah, 21.
Manakala Fazilah juga pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak lelaki, Qalish Rayyan Adam.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube