BARU sebulan mengumumkan perpisahan, penyanyi Katy Perry didakwa sedang menjalinkan hubungan mesra bersama bekas Perdana Menteri (PM) Kanada iaitu Justin Trudeau.
Memetik laporan TMZ, pada Selasa pasangan itu dilihat makan malam bersama di sebuah restoran mewah Le Violon di kawasan Plateau, Montreal, Kanada.
Mereka dikatakan meluangkan masa lebih dua jam menikmati hidangan istimewa seperti lobster, tuna, gnocchi, tartare, dan daging kambing.
Antara foto yang tersebar dalam kalangan peminat.
Menurut pemilik restoran, pasangan itu juga sempat singgah ruang dapur untuk mengucapkan terima kasih kepada chef secara peribadi.
Difahamkan mereka turut dilihat berjalan santai di Taman Mount Royal, ditemani oleh anjing Katy selepas makan malam itu.
Beberapa foto mereka pada malam itu juga tersebar sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa mereka sedang bercinta.
Bukan itu sahaja, Trudeau kemudiannya menghadiri konsert Lifetimes Tour Katy di Bell Centre, Montreal, ditemani anak perempuannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan sembilan tahun berakhir, Katy Perry dan Orlando Bloom berpisah secara baik
ARTIKEL BERKAITAN: Orlando Bloom ringan tulang buat kerja rumah, hubungan intim cara Katy Perry ucap terima kasih
Dia dilihat bergembira, menyanyi bersama dan memerhatikan persembahan dari tempat VIP sekali gus menguatkan spekulasi bahawa kehadiran itu sebagai sokongan peribadi.
Pada Jun lalu, Katy mengumumkan perpisahannya bersama pelakon Orlando Bloom selepas tujuh tahun bersama.
Manakala Trudeau berpisah dengan isterinya iaitu Sophie pada 2023 selepas 18 tahun berkahwin.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube