suria

Pergi umrah tapi masih seksi, Daiyan Trisha hanya jadi diri sendiri

Daiyan sudah lali menerima kecaman netizen berhubung penampilannya.

PELAKON dan penyanyi, Daiyan Trisha mengakui sudah lali menerima kecaman netizen berhubung penampilannya yang dikatakan seksi meskipun sudah beberapa kali menunaikan ibadah umrah.

Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 32, berkata isu berkaitan ibadah merupakan urusan peribadi antara dirinya dan Tuhan.

“Saya rasa komen seperti itu adalah perkara yang saya perlu hadap. Soal sudah pergi umrah atau belum, itu antara saya dan Allah. Bab itu saya tak boleh komen lebih.

Daiyan menganggap isu berkaitan ibadah merupakan urusan peribadi antara dirinya dan Tuhan.

“Saya faham kenapa orang beri teguran tentang pakaian dan sebagainya, tapi saya cuma menjadi diri sendiri dan akan berubah bila sampai masa yang tepat.

“Setiap orang ada pendapat dan persepsi masing-masing. Saya pun ada pandangan sendiri tentang perjalanan hidup saya, jadi saya terima saja,” katanya kepada mStar. 

Daiyan berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025) di APW, Bangsar pada malam Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen sakit mata tengok penampilan seksi, Daiyan Trisha hairan tak ‘follow’ tapi sibuk komen negatif

ARTIKEL BERKAITAN: Daiyan Trisha tiada ‘luck’ dalam percintaan, lebih rela sendiri daripada dapat pasangan salah 

Menurut Daiyan, dia tidak mudah melatah apabila berdepan kecaman sebaliknya menganggap perkara itu sebahagian daripada lumrah sebagai anak seni dan sentiasa berusaha menjadi individu yang lebih baik.

“Saya rasa ini perkara biasa bagi anak seni. Saya masih cuba istiqamah dan terima saja semua nasihat serta teguran.

“Daripada diri saya sendiri, saya akan cuba jadi lebih baik. Tapi siapa tahu, mungkin esok atau lusa saya akan berubah,” katanya.

Saya pun ada pandangan sendiri tentang perjalanan hidup saya, jadi saya terima saja. 

DAIYAN TRISHA

PELAKON/PENYANYI

Ditanya cara untuk kekal tenang menghadapi kecaman, Daiyan selalu berfikiran positif dan beranggapan segala yang terjadi hanyalah sebuah fasa dalam kehidupan.

“Saya memang seorang yang positif, beginilah saya. Saya akan cuba lakukan yang terbaik daripada segi pemakaian, akhlak dan apa jua sekalipun,” katanya.

Sebelum ini, beberapa perkongsiannya di media sosial mengundang reaksi netizen yang mendakwa pemakaiannya tidak sesuai dan mencolok mata.

Daiyan kekal positif meskipun menerima banyak kecaman di media sosial.

Dalam perkembangan lain, Daiyan meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada peminat yang mengundinya bagi dua pencalonan di AMT2025.

Untuk info, Daiyan tersenarai dalam kelompok 10 terbaik bagi kategori Selebriti Stailo Terhangat dan Selebriti Feminin Terhangat.

Malam kemuncak AMT2025 akan berlangsung di TV3 pada jam 9 malam pada Ahad ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain