suria

Mimi Fly mula ‘burn out’, akui letih bergelar artis

Jadual padat beri kesan kepada kesihatan Mimi.

KEJAYAAN lagu Angkat dan Serumpun memberi tuah kepada penyanyi Mimi Fly, namun pada masa sama turut memberi tekanan sehingga menjejaskan kesihatan mentalnya.

Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 38, berkata dia sebelum ini amat menitikberatkan aspek kesihatan mental bagaimanapun keadaan berubah selepas dia kembali aktif dalam industri muzik.

Katanya, sejak kedua-dua lagu tersebut menjadi tular jadual persembahan semakin padat sehingga membuatkan dirinya mula mengalami tekanan emosi.

Mimi sentiasa mahu berikan yang terbaik dalam persembahan.

“Saya memang seronok mencipta lagu, tapi bila (lagu) menjadi hidup saya tiba-tiba berubah secara mendadak dan ia buat saya terkejut. Saya mula rasa anxiety, kadang-kadang menggigil kerana terlalu banyak tenaga digunakan.

“Kalau kita buat perkara yang sama berulang kali tanpa sesuatu yang mencetuskan semangat atau keseronokan, ia memang meletihkan,” katanya kepada mStar.

Tambah Mimi, kesan tekanan tersebut bukan hanya dirasai secara mental tetapi turut memberi impak kepada fizikal.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Obses dengan karya sendiri, Mimi Fly mohon maaf berkemban dalam MV ‘Serumpun’

ARTIKEL BERKAITAN: Sebahagian jiwa Mimi Fly hilang, 4 tahun berdepan ‘creative block’ buat kerja semua tak jadi

“Sampai satu tahap, suara saya tak keluar, bahagian belakang badan terasa tegang… rasa seperti ketat. Kadang-kadang saya terpaksa beri reaksi palsu di atas pentas kerana terlalu letih,” jelasnya.

Walaupun begitu, Mimi menegaskan dia bukan ingin merungut terhadap rezeki yang diterima, sebaliknya menyedari bahawa kehidupan sebagai artis bukan sesuatu yang mudah.

“Saya tahu ini adalah jalan yang saya pilih daripada awal, tapi bila sampai satu tahap, saya perlu utamakan kesihatan mental. Tambahan pula, saya ada keluarga yang perlu dijaga.

Saya percaya hidup kena seimbang.

MIMI FLY

PENYANYI

“Ia bukan satu rungutan. Saya tahu ini adalah rezeki, tapi kerja ini kadang buat saya rasa hilang arah. Saya perlukan masa untuk diri sendiri,” ujarnya.

Disebabkan itu, Mimi sentiasa mencari ruang untuk berehat dan melegakan tekanan yang dialaminya. 

Dia juga bersyukur kerana dikelilingi pasukan yang memahami dan sentiasa menyokong.

Mimi akui kesibukan kerja beri kesan kepada kesihatan diri.

“Saya percaya hidup kena seimbang. Bila ada masa lapang, saya akan luangkan masa dengan kawan-kawan.

“Kadang-kadang mereka ajak saya pergi mandi air terjun untuk tenangkan fikiran. Saya memang akan curi masa supaya tak ‘burn out’,” katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain