PELAKON Soffi Jikan dilaporkan sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor selepas mengalami jangkitan kuman pada hati.
Menurut perkongsian seorang lelaki bernama Hasyim di TikTok, Soffi atau Mohammad Shoffi Jikan, 55, sebelum ini dimasukkan ke wad akibat dijangkiti kencing tikus dan denggi.
Selepas menerima rawatan selama enam hari di hospital berkenaan, aktor itu dibenarkan pulang.
Soffi kurang selera makan.
Bagaimanapun, selepas tiga hari pelakon itu kembali mengalami demam dan sakit dada hingga terpaksa menerima rawatan semula di hospital itu.
“Mula-mula dia (Soffi) masuk wad sebab kencing tikus dan denggi.
“Selepas enam hari dalam wad, dia dah boleh keluar. Tapi tiga hari kemudian demam balik dan masuk wad sebab dada sakit dan hati disyaki jangkitan kuman,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Soffi Jikan dedah ada isu belum selesai antara Aaron Aziz dan Syamsul... Harap mereka bersemuka selesai sengketa
ARTIKEL BERKAITAN: Soffi Jikan tolak iklan Bollywood sebab 'Jodoh Syaitan' - “Terpulang nak percaya atau tidak sebab saya sendiri pun terkejut”
Hasyim berkongsi perkara itu menerusi hantaran video di TikTok pada Ahad.
Dalam klip berdurasi 15 saat itu, Soffi dilihat sedang menjamu KFC walaupun tiada selera makan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar pelakon itu diberikan kesihatan yang baik dan cepat sembuh.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube