suria

Dulu Honda Civic, kini Ara Johari pandu Toyota Alphard... Pasang impian beli rumah idaman

Ara bersyukur dapat miliki kereta lebih selesa buat dirinya dan pasukan.

PENYANYI Ara Johari meluahkan rasa syukur apabila berjaya memiliki sebuah kenderaan baharu jenis Toyota Alphard hasil daripada kerja kerasnya dalam industri seni.

Menurut Ara atau Nurfarrah Izzatie Johari, 28, pembelian tersebut merupakan satu pencapaian terbesar dalam hidup memandangkan kerjaya seninya menuntut banyak pergerakan dari satu lokasi ke lokasi lain.

"Rezeki daripada Allah. Ini satu pencapaian terbesar untuk saya apabila dapat miliki kereta baharu.

Ara kerja keras untuk beli kereta idaman.

"Sekarang pun kerja saya perlu ke sana ke sini, jadi perlu kereta yang selesa dan lebih selamat untuk saya dan pasukan.

"Saya dulu memang pengguna tegar Honda, tapi sekarang keutamaan saya adalah praktikaliti. Jadi saya buat keputusan untuk jual Honda Civic lama dan beli kereta lebih besar untuk mudahkan urusan kerja," katanya kepada mStar.

Tanpa berselindung, Ara memberitahu kenderaan tersebut masih di bawah pembiayaan bank dan memerlukan komitmen bulanan untuk tempoh sembilan tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah ‘cium’ tak minta maaf, Ara Johari kesal pemandu Axia kuning lari lepas langgar keretanya

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat menangis baru ditinggalkan suami, netizen puji Ara Johari genggam tangan bagi kekuatan... "Nampak sangat akak tanggung sesuatu yang berat"

"Kereta itu masih milik bank dan saya perlu bayar ansuran bulanan selama sembilan tahun.

"Tapi saya anggap ini pelaburan untuk kelancaran kerja saya dalam jangka masa panjang," jelasnya.

Berkongsi lanjut, selepas ini Ara meletakkan sasaran baharu untuk memiliki rumah.

Ara sasar beli rumah pula selepas ini.

Tambah Ara, dia sedar industri hiburan ada naik turunnya, namun dia perlu merancang daripada sekarang

"Selepas ini, saya harap ada rezeki untuk beli rumah pula sebab saya dah mula fikir tentang masa depan.

"Saya pun tak tahu sampai bila boleh kekal relevan dalam industri. Jadi kena ada perancangan jangka panjang dan persediaan masa depan," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain