BERKONGSI detik kelahiran anak bongsunya, pelawak dan usahawan Shuib memberitahu ia bukan satu proses biasa yang dilalui oleh kebanyakan bayi.
Dilahirkan dalam tempoh pra-matang, kata Shuib anaknya iaitu Ayash Affan terpaksa diberi bantuan pernafasan.
"Dia bayi pra-matang, semasa dilahirkan dia tak bernafas hampir lapan saat.
Gambar kenangan Shuib bersama arwah Siti Sarah.
"Allah Maha Besar... dengan bantuan doktor bertugas dan izin Allah, dia bernafas buat pertama kali," katanya.
Shuib menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di Instagram sempena menyambut ulang tahun kelahiran Ayash yang keempat pada Rabu.
Dia turut berkongsi beberapa keping gambar perkembangan anaknya itu sejak dilahirkan.
ARTIKEL BERKAITAN: Shuib jelaskan punca tangan kanan anak bongsu kurang berfungsi, kesan lahir tak cukup bulan
ARTIKEL BERKAITAN: Alhamdulillah... Siti Sarah selamat lahirkan bayi lelaki namun masih kritikal
Malah Shuib juga memuat naik gambar bersama isterinya iaitu Allahyarham Siti Sarah ketika sedang hamil.
Dalam hantaran sama, Shuib sempat menitip doa buat Ayash agar terus diberi keberkatan.
"Hari ini genap usianya empat tahun.
Shuib bersama empat orang anaknya.
"Semoga menjadi anak yang sihat, baik, soleh di dunia dan akhirar. Ibumu melihat dari jauh, melihat penuh kasih sayang," ujarnya.
Untuk rekod, Siti Sarah terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi selepas ditidurkan kerana tahap oksigen rendah akibat jangkitan Covid-19.
Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos 2021.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube