TERUS cemerlang dalam dunia lakonan, penyanyi dan aktres Azira Shafinaz pernah melalui pengalaman dimarahi artis senior sehingga dia mengalirkan air mata.
Azira atau Azira Shafinaz Ramlan, 33, berkata kejadian tersebut berlaku ketika awal pembabitannya dalam dunia lakonan.
Tidak pernah menyimpan dendam, dia juga menganggpa tergus itu sebagai satu semangat untuk terus memperbaiki hasil kerja sendiri.
Azira terima baik setiap teguran untuk perbaiki diri.
“Saya pernah dimarahi dan dipanggil bodoh selain dikatakan tak pandai berlakon. Tipulah kalau tak terasa… saya memang menangis ketika itu juga. Dia menegur cara lakonan saya.
“Tapi saya tak simpan dendam pun. Saya jadikan tegurannya sebagai motivasi untuk memperbaiki mutu lakonan. Disebabkan itulah, saya cabar diri untuk jadi lebih baik,” katanya kepada mStar.
Azira berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Tayangan Filem Indera yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Selasa.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Cinta 12 tahun Azira Shafinaz berakhir perpisahan, tak anggap buang masa tapi mematangkan
ARTIKEL BERKAITAN: Dapat 3 tawaran produksi luar negara, Azira Shafinaz letak syarat tegas tak langgar hukum agama
Dalam kesedihan berdepan situasi sebegitu, dia tetap kekal profesional untuk menghabiskan sesi penggambaran dengan pelakon berkenaan.
Bercakap lanjut, Azira kemudian mendapat pujian daripada individu sama selepas beberapa tahun mereka kembali digandingkan.
“Beberapa tahun selepas itu, saya kembali bekerjasama dengan pelakon yang sama. Dia sendiri memuji kualiti lakonan saya yang dikatakan semakin baik.
Azira mahu terus ambil pengalaman dalam dunia lakonan.
“Saya percaya, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya pula jenis yang cepat bangkit. Tak mahu terlalu lama tenggelam dalam emosi,” ujarnya.
Tambah Azira tegus itu juga memberi kesan besar buat dirinya untuk ruang memperbaiki diri dalam lakonan.
“Mungkin ada juga betulnya dia menegur dengan cara sedemikian kerana saya pun masih baharu lagi dalam industri lakonan. Banyak yang perlu saya belajar lagi,” kongsinya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube