suria

Konsert Mawi batal, bukan keputusan mudah namun terpaksa

Konsert Mawi secara rasmi dibatalkan.

KONSERT Tsumawi Live In Kuala Lumpur yang jadualkan berlangsung pada Julai lalu secara rasmi dibatalkan. 

Perkara itu disahkan sendiri oleh pihak penganjur iaitu Showtag Asia menerusi Instagram dan memohon maaf disebabkan kesulitan yang berlaku. 

"Dengan berat hati kami ingin maklumkan bahawa Konsert Tsumawi 20 Mawi World Live In KL yang sepatutnya berlangsung pada 25 Januari lalu dan telah pun ditunda pada bulan Julai terpaksa dibatalkan atas beberapa faktor yang tak dapat dielakkan. 

Konsert Tsumawi sebelum ini ditunda bagi menghormati mangsa banjir. 

"Kami mohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan amat menghargai sokongan anda selama ini," katanya. 

Dalam pada itu, penganjur mengakui tidak mudah untuk membuat keputusan pembatalan konsert ini, namun pihaknya terpaksa akur dengan keadaan yang memaksa. 

Sementara itu, bagi peminat yang sudah membeli tiket boleh menuntut pemulangan wang menerusi penggendali di aplikasi WhatsApp. 

ARTIKEL BERKAITAN: Mawi sanggup gunting rambut panjang demi konsert, anak menangis semasa ‘live’ botakkan kepala 

ARTIKEL BERKAITAN: Hormati mangsa banjir, Konsert ‘Tsumawi Live In Kuala Lumpur’ ditunda

"Keputusan ini bukanlah mudah. Kami telah berusaha sedaya upaya, namun ada hal-hal luar kawalan yang memaksa kami akur dengan takdir ini. 

"Kepada semua yang telah menanti, menyokong dan menzahirkan semangat, kami ucapkan jutaan terima kasih, Kami benar-benar menghargai anda semua. 

"Dengan ini segala pemulangan tiket ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengurusan Showtag Entertainment," katanya. 

Peminat boleh menebus semula pembelian tiket konsert Mawi. 

Pada September tahun lalu, penyanyi Mawi atau Asmawi Ani, 44, memaklumkan bakal menganjurkan Konsert Tsumawi Live In Kuala Lumpur di Megastar Arena, Kuala Lumpur sempena dua dekad pembabitannya dalam bidang seni. 

Konsert tersebut pada awalnya dijadualkan berlangsung pada 25 Januari. 

Mawi dijangka menyampaikan lebih 20 buah lagu termasuk yang pernah dinyanyikannya ketika menyertai program realiti hiburan Akademi Fantasia 3. 

Pun begitu, pada Disember tahun lalu, pihak penganjur memaklumkan konsert tersebut ditunda pada Julai 2025 sebagai menghormati mangsa banjir yang terjejas di beberapa buah negeri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain