suria

Rekaan busana luahan putus cinta, Karl Shafek terapi diri dalam karya fesyen

Karl ada pendekatan berbeza kongsi rasa kecewa.

PERNAH melalui fasa gagal dalam percintaan, pengacara dan pelakon Karl Shafek mempunyai cara tersendiri untuk merawat hati yang terluka. 

Eggan terlalu mengikut perasaan, Karl atau Khairul Shafek Ibrahim, 45, menjadikan segala pengalaman lalu sebagai sebuah hasil karya dalam rekaan busana jenama miliknya. 

"Saya sangat berpuas hati apabila dapat melempiaskan semuanya, mungkin orng akan fikir saya sedang patah hati tapi sebenarnya ia idea yang sudah tersimpan lama. 

Karl hasilkan rekaan inspirasi kisah sendiri. 

"Saya memang pernah kecewa cuma meluahkan perkara itu dengan cara berbeza," katanya kepada mStar.

Karl berkongsi ketika ditemui di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2025 ( KLFW2025) di Suria KLCC pada Rabu.

Dia bagaimanapun tidak menyebut siapakah individu yang pernah menjadi kekasihnya sebelum ini. 

ARTIKEL BERKAITAN: Penaja tarik diri selepas ‘fashion show’, Karl Shafek terpaksa tanggung hutang RM500,000 

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun Karl Shafek berdepan depresi, masih dapatkan rawatan pakar

Tambahnya setiap karya rekaan yang dihasilkan juga sebagai satu bentuk terapi untuk melupakan kisah lama. 

"Kalau kita rasa kecewa, adakah kita kena asyik meroyan atau menangis sahaja? Bagi saya, kecewa ini bukan sekadar dalam perhubungan tetapi juga dalam kehidupan. 

“Jadi ini (rekaan busana) adalah antara terapi untuk diri saya juga. Dalam erti kata lain, kalau ada kekecewaan yang pernah berlaku sebelum ini, saya curahkan dengan berkarya, melalui buat baju,” luahnya. 

Karl tidak mahu kisah lama ganggu emosi. 

Sementara itu berkongsi tentang koleksi terbaharu jenama Neonate sempena KLFW2025, Karl mengetengahkan sisi gelap perhubungan selepas kekecewaan, pengkhianatan dan kegagalan cinta.

“Koleksi ini adalah kisah tentang bagaimana seseorang bangkit semula sebagai individu yang lebih kuat dan bijak selepas dikhianati. 

“Ia adalah refleksi terhadap luka lama yang membentuk siapa kita hari ini,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain