suria

Wanita tegur mahu jodohkan dengan cucu, Fasha Sandha tak ambil hati... “Mungkin dia tidak tengok TV”

Fasha dan Aidil selesa jalani kehidupan biasa jika tidak terlibat dengan aktiviti seni.

PELAKON Fasha Sandha tidak pernah ambil pusing selepas tular seorang warga emas  tidak mengenali dirinya meskipun bergelar anak seni. 

Bagi Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 41, dia juga menganggap dirinya sama seperti insan lain dan perkara sebegitu boleh terjadi kepada mana-mana artis. 

“Mungkin ada golongan yang tak tengok atau tak suka drama. Mungkin mereka tonton program hal ehwal Islam. Jadi kalau tak kenal bukanlah satu perkara mengejutkan. 

“Saya tak meletakkan diri ini sebagai selebriti. Kalau bekerja mungkin saya anggap diri ini sebagai artis kerana ditemu bual wartawan. 

Fasha sedar tidak semua mengenali dirinya. 

“Jika tidak, saya hanya ibarat orang biasa boleh buat kerja mencuci, pergi pasar atau bawa kereta sendiri,” katanya kepada mStar. 

Fasha memaklumkan perkara itu pada sidang media pengumuman dirinya dan suami, Aidil Aziz sebagai pemilik bersama kedai Kopi Saigon di MyTown, Cheras pada Rabu.

Dalam masa yang sama, Fasha turut menegaskan dia sentiasa berpegang pada prinsip merendah diri agar disenangi ramai.

“Saya dari dulu memang bersifat sebegini. Saya kekalkan bila jadi diri sendiri dan merendah diri orang akan lebih dekat dengan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Romantisnya Fasha Sandha... Tulis surat cinta buat Aidil Aziz, sambut ulang tahun hanya berdua 

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha terima Anugerah Pingat Jasa Baik, tampil anggun mengenakan busana pertunangan berusia 7 tahun

“Saya tiada masalah kalau orang tak kenal sebab zaman sudah berbeza,” ujarnya.

Sebelum ini, Fasha berkongsi video di Instagram memaparkan seorang wanita warga emas tidak mengenalinya. 

Lebih mencuit hati apabila wanita berkenaan ingin menjodohkan Fasha dengan cucunya.

Saya tiada masalah kalau orang tak kenal sebab zaman sudah berbeza

FASHA SANDHA 

PELAKON 

Mengulas mengenai kejadian itu, Fasha berkata dia percaya ramai orang yang masih tidak mengenalinya sejak mula berhijab. 

“Saya percaya mak cik itu tak perasan sebab tak bersolek. Mungkin kalau di TV saya selalu bersolek, jadi mungkin bila tengok saya sebegitu dia tak kenal. 

“Saya terkejut juga sebab ketika itu sedang buat ‘content’ untuk kedai sepupu saya, tapi mak cik itu pula mahu kenenkan saya dengan cucunya. 

“Kemudian, anak mak cik itu datang minta maaf kerana ibunya tak kenal saya. Tak adalah saya anggap semua orang di Malaysia ini kenal saya,” ujarnya.

Aidil tidak ambil hati apabila ada yang tidak tahu mereka sudah berkahwin. 

Sementara itu suaminya iaitu aktor Aidil Aziz yang juga ada di tempat kejadian hanya menganggap perkara tersebut sebagai mencuit hati.

“Ketika kejadian saya belakang Fasha. Saya rasa itu momen lucu sahaja dan dalam masa sama fikir yang isteri saya ini nampak seperti anak dara,” ujarnya. 

Dalam perkembangan lain, Fasha dan Aidil akan menguruskan cawangan baharu Kopi Saigon di MyTown, Cheras dalam pelbagai sudut termasuk operasi, pemasaran, latihan dan sokongan teknikal.

Kata Fasha, dia sudah lama menjadi pelanggan kopi tersebut dan sangat teruja apabila ditawarkan menjadi sebahagian daripada keluarga jenama itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain