suria

Ia perbuatan menjijikan, Soo Wincci bengang tindakan pempengaruh beri sisa makanan

Wincci tidak setuju pempengaruh sengaja memuat naik kandungan memalukan.

PENYANYI dan pelakon Dr Soo Wincci meluahkan rasa berang dengan tindakan tiga remaja yang memberi sebungkus nasi bersama tulang ayam kepada gelandangan seperti yang tular. 

Wincci, 39, menyifatkan tindakan tersebut bukan sahaja sebagai biadap malah memalukan bagi bangsa Cina meskipun mengetahui ia adalah dirancang.

"Bila saya tengok tiga pempengaruh itu memang melampau!  Bagi saya itu menjijikkan.

Isu tiga remaja memberi sisa makanan kepada gelandangan mendapat kritikan ramai. 

"Saya tahu mereka berlakon dan minta izin tapi kenapa perlu buat perkara itu? 

"Rata-rata rakan saya kata mereka sudah cuba beberapa kali. Cuma kali ini mengena," katanya kepada mStar. 

Wincci berkongsi perkara itu semasa ditemui di sidang media Kerana Seorang Lelaki yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] MCMC siasat 3 pempengaruh buat video beri sisa ayam kepada gelandangan 

ARTIKEL BERKAITAN: “Fikiran orang zaman sekarang bukan macam dulu” - Soo Wincci tak mahu ‘bodoh-bodoh sikit’ demi jodoh, tak kisah lambat kahwin

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Wincci memberitahu pihak sepatutnya mengambil tindakan tegas agar kejadian yang sama tidak berulang lagi.

Baginya, pempengaruh itu tidak sepatutnya mendapat simpati walaupun sudah membuat permohonan maaf secara terbuka.

"Mereka ini tidak layak mendapat simpati masyarakat. Kita kena sama-sama melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa agar pelakunya diambil tindakan setimpal. 

Wincci bimbang apabila ramai yang salah guna media sosial. 

“Tolonglah jangan buat tindakan sedemikian semata-mata untuk kandungan media sosial. Hentikanlah sebab sudah terlalu banyak kandungan melampau seperti ini di platfom dalam talian," katanya lagi.

Dia juga meluahkan kebimbangan apabila tindakan itu akan menjadi ikutan anak remaja yang lain.

“Lebih menakutkan lagi jika tindak tanduk mereka ini menjadi ikutan dan dicontohi golongan kanak-kanak. Saya harap semua ini jadi pengajaran kepada masyarakat,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain