suria

9 bulan dalam tahanan, Eda Ezrin akhirnya bebas

Urusan pembebasan Eda kini sedang dilakukan mahkamah.

PENYANYI lagu Bea Sobar Bea iaitu Eda Ezrin dibebaskan sepenuhnya dari tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat pada Rabu. 

Pembebasan itu dibuat selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk menyambung tempoh mengemukakan rayuan. 

Keputusan itu juga dibuat terhadap Eda dan suami berserta empat lagi rakan mereka. 

Eda bebas segala pertuduhan berkaitan dadah. 

Untuk rekod, pada 2 November tahun lalu, media melaporkan seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan antara enam indvidu ditahan oleh pihak polis Thailand.

Mereka ditahan Bersama 6,000 biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat pada pagi 1 November. 

Keenam-enam suspek kemudiannya mendapat perintah reman di Mahkamah Wilayah Narathiwat pada 4 November tahun sama. 

ARTIKEL BERKAITAN: Penjara Narathiwat nafi Eda Ezrin fail cerai, dibenarkan jumpa suami sebulan sekali 

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi ‘Bey Soba Bey’ kirim salam, Eda Ezrin reda beraya di sebalik tirai besi

Pada 6 Mac lalu, Eda dan Mohd Affendi dibebaskan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat daripada pertuduhan berkenaan. 

Pun begitu, selepas bebas daripada tuduhan memiliki pil yaba itu, Eda, suami dan empat rakannya masih perlu menjalani hukuman penjara sekurang-kurangnya satu hingga empat bulan lagi. 

Hal demikian kerana pihak pendakwaan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan dibuat oleh mahkamah. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain