suria

Harissa Adlynn jawab tuduhan ‘cepat perasan’, minta penyebar fitnah tampil bersemuka

Harissa terkejut dengan gosip melibatkan dirinya.

PELAKON Harissa Adlynn sekali lagi terpalit dengan gosip yang mendakwa dirinya mudah perasan apabila menerima layanan baik daripada rakan artis lelaki ketika bekerja bersama di set penggambaran.

Menjawab dakwaan tersebut, Harissa atau nama sebenarnya Harissa Adlynn Abdul Halim, 22, menyifatkan gosip berkenaan sebagai fitnah yang berniat untuk menjatuhkan reputasi dalam industri hiburan.

“Saya terkejut dengan dakwaan seperti itu kerana situasi berkenaan langsung tidak pernah berlaku. Cerita ini fitnah semata-mata dan sumpah tak pernah terjadi. 

Harissa runsing fikirkan khabar angin tak berkesudahan.

"Setiap kali saya berada di set, hubungan dengan rakan gandingan sentiasa berjalan baik,” katanya kepada mStar.

Harissa berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media drama Kerana Seorang Lelaki yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu.

Mengulas lanjut, Harissa turut menafikan tuduhan bahawa dia pernah meminta pihak produksi menegur seorang pelakon lelaki di set untuk menjauhkan dirinya.

Jelas pelakon ini, jika timbul isu yang mengganggu keselesaan, dia akan berbincang terlebih dahulu dengan pengurus dan ibunya tanpa bertindak melulu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Badan pelakon gandingan berbau, Harissa Adlynn terpaksa tahan nafas di set penggambaran

ARTIKEL BERKAITAN: Harissa Adlynn dihujani panggilan rakan artis, isu bau badan undang salah faham... “Mereka semua wangi”

“Itu rekaan semata-mata. Saya tak pernah minta pihak produksi halang mana-mana pelakon untuk mendekati saya. 

"Kalau ada yang cuba rapat sekalipun, saya akan hadapi dengan sikap profesional. Malah, saya tak pernah tunjuk jika rasa tak selesa,” jelasnya.

Harissa juga berharap individu yang menyebarkan khabar angin itu tampil bersemuka dengannya dan membuat permohonan maaf.

Saya akan hadapi dengan sikap profesional.

HARISSA ADLYNN

PELAKON

Dalam pada itu, Harissa turut mendedahkan bahawa dia ada menghubungi pelakon Daniel Fong untuk mendapatkan kepastian selepas khabar angin tersebut tersebar, memandangkan mereka sedang menjalani penggambaran bersama.

“Saya harap orang yang reka cerita ini ada keberanian untuk berjumpa dengan saya dan nyatakan apa sebenarnya yang tak puas hati. 

“Saya tanya sendiri kepada Daniel kerana kami sedang berlakon sama waktu itu. Itu bukan kerja dia, dan rasa terharu bila dia sudi tampil membantu bersihkan nama saya.

Harissa percaya bukan Daniel orangnya.

“Kami pernah bekerjasama beberapa kali, jadi dia tahu sikap saya macam mana,” luahnya. 

Tambah Harissa lagi, dia berharap gosip seperti ini tidak menjejaskan rezekinya dalam industri, khususnya persepsi pihak produksi yang mungkin takut untuk memberi tawaran kerja. 

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan Harissa mudah salah faham apabila menerima layanan baik daripada aktor lelaki.

Artikel Lain

Isteri Aiman Tino belum hamil