PENGACARA dan pelakon Uyaina Arshad berkongsi khabar gembira apabila dirinya kini hamil anak ketiga.
Memaklumkan perkara tersebut dalam sebuah video, Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arsha, 33, memberitahu dia bersama suami sudah lama menyimpan berita tersebut daripada pengetahuan umum.
"Sebenarnya saya simpan dah lama. Saya hamil tiga bulan," katanya.
Uyaina memuat naik video kongsi berita kehamilan.
Menariknya Uyaina berkongsi berita tersebut dalam sebuah video komedi menyaksikan dia ditemu bual oleh karakter Uyaina lakonan diri sendiri.
Tambahnya kehamilan kali ini tidak dirancang dan bersyukur bakal dikurniakan cahaya mata ketiga.
"Bukan setiap tahun mengandung, selang dua tahun. Kali ini akan lahir tahun 2026. Tak rancang pun untuk hamil.
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen ‘lari’ lepas kecam, Uyaina Arshad cabar ajak jumpa... Jawab dakwaan sombong di bank
ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad kini berani bersuara, kutuk tindakan buli siber
"Ini adalah pemberian Tuhan dan saya terima dengan hati terbuka," jelasnya.
Menurut Uyaina, dia dan suami merancang tidak akan menambah bilangan anak selepas kelahiran yang ketiga nanti.
Uyaina bersama suami dan dua anak mereka.
"Ini yang terakhir," jelasnya ringkas.
Untuk rekod Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Syahiran pada 21 Disember 2021.
Mereka memiliki dua cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan, 3, dan Raja Urayyan, 1 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube