PENAMPILAN pelakon Zahida Rafik di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2025 (KLFW 2025) menarik perhatian ramai apabila tampil dengan rambut pendek berwarna perang keemasan 'blonde'.
Menerusi perkongsian video tular di TikTok, Zahida atau Zahida Mohamed Rafik, 50, dipercayai menghadiri pertunjukan Men In Play by The Melium Group yang berlangsung di Suria KLCC, Kuala Lumpur pada Rabu.
Fesyen Zahida sering jadi ikutan peminat.
Lebih menarik perhatian ramai, penampilan pelakon filem Mami Jarum itu seakan-akan tidak dikenali ramai kerana kelihatan sangat berbeza tidak seperti sebelum ini.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat penampilan baharu itu dan menyangka Zahida sebagai penyanyi Anita Sarawak.
ARTIKEL BERKAITAN: Ramai rindu lakonan Zahida Rafik, gemar melancong punca terpaksa tolak tawaran
ARTIKEL BERKAITAN: Fitnah Bekas Pemandu, Pelakon Zahida Rafik Diarah Bayar RM150,000
"Serius la ni Zahida Rafik? Kalau tak tengok nama memang dah tak kenal wajahnya.
"Ingatkan Anita Sarawak buat comeback. Zahida dulu cantik sangat.
"Aduh hilang langsung Zahida Rafik," tulis netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube