SELEPAS mengumumkan hamil anak ketiga, pengacara dan pelakon Uyaina Arshad memberitahu dia tidak merancang untuk menambah bilangan cahaya mata.
Bukan menolak rezeki, sebaliknya kata Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arsha, 33, dia harus memikirkan tentang faktor kesihatan diri sendiri.
Malah atas nasihat doktor dia dan suaminya, Raja Syahiran setuju untuk hanya memiliki tiga anak.
Uyaina menjawab pertanyaan pengikut di media sosial.
"Saya dan suami mahukan anak perempuan. Tetapi kalau Allah beri yang ketiga ini lelaki, kami amat bersyukur.
"Ini adalah kehamilan ketiga dan yang terakhir buat masa sekarang sebab saya ada masalah jantung.
"Ketika hamil anak pertama doktor cakap hanya boleh hamil tiga kali untuk jaga kesihatan," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad hamil tiga bulan, ini yang terakhir
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen ‘lari’ lepas kecam, Uyaina Arshad cabar ajak jumpa... Jawab dakwaan sombong di bank
Uyaina berkongsi perkara tersebut dalam sesi soal jawab bersama pengikut di laman Instagram miliknya.
Uyaina mengulas perkara itu bagi menjawab pertanyaaan adakah dia sedia untuk kembali hamil sekiranya dikurniakan tiga cahaya mata lelaki.
Sementara itu menjawab satu soalan berbeza, Uyaina turut berkongsi perasaan terkejut apabila mendapat tahu dirinya hamil.
Uyaina berkongsi berita gembira dirinya kini hamil anak ketiga.
"Haid saya lewat empat hari. Saya beli alat ujian kehamilan dan positif. saya cuba tiga kali," ujarnya.
Uyaina sebelum ini memaklumkan dirinya kini hamil dan usia kandungan sudah memasuki tiga bulan.
Dalam video berkenaan dia juga memberitahu ini adalah kehamilan yang terakhir.
Untuk rekod Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Syahiran pada 21 Disember 2021.
Mereka memiliki dua cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan, 3, dan Raja Urayyan, 1 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube