TINDAKAN isteri kepada penyanyi Aiman Tino iaitu Che Syarah Haifah bergurau menendang suaminya itu mendapat pelbagai reaksi di media sosial.
Menerusi perkongsian video di TikTok milik penyanyi berkenaan, Aiman atau Muhammad Aiman Yusri, 27, dilihat menegur sekumpulan wanita yang menaiki kereta melalui kawasan perumahan mereka.
Melihat tindakan suaminya itu menegur kumpulan wanita terbabit, Syarah secara tiba-tiba menendang Aiman kerana dipercayai geram suaminya cuba ‘menggatal’ dengan kumpulan wanita itu.
Gurauan Aiman dan isteri.
Reaksi itu menerima kritikan netizen yang menyifatkan perbuatan Syarah sebagai kurang sopan kerana berkasar terhadap suami.
"Mana boleh buat suami macam tu walaupun bergurau, maaf sekadar menasihati ya. Akhlak pada suami kena jaga.
"Tak baik tendang suami biarpun bergurau. Lepas ni buat lagi tak elok orang tengok, nanti orang cakap tak hormat suami.
ARTIKEL BERKAITAN: Aiman Tino tinggalkan nafkah sebelum keluar memancing, isteri sebak baca nota fasal anak
ARTIKEL BERKAITAN: Aiman Tino selesa tinggal di luar bandar, sedang pertimbang kembali pindah ke KKB
"Gurau-gurau juga tapi kena hormat suami juga, lelaki jangan biarkan saja kena tegurlah," tulis netizen.
Dalam pada itu, Aiman secara berseloroh memberitahu dia baharu sahaja melihat kawasan perumahan mereka dan mengatakan sekiranya berpindah nanti lebih kerap ditendang oleh isteri.
"Ini baru singgah-singgah tengok rumah baru. Kalau dah duduk sini hari-hari kena sepak dengan bini aku," ujarnya.
Untuk rekod, Aiman mendirikan rumah tangga dengan Syarah pada 27 April 2023.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube