suria

Bapa Amir Raja Lawak perlu jalani pembedahan kedua, sempat kongsi nasihat sebelum jumpa Perdana Menteri

Amir luah kebimbangan dengan keadaan bapa.

PELAWAK Amir Raja Lawak berkongsi perkembangan bapanya yang perlu menjalani pembedahan kali kedua selepas disahkan menghidap kanser usus.

Amir atau Mohammad Amirullah Azmi, 35, turut meluahkan rasa bimbang kerana keadaan bapanya kelihatan tidak berdaya sebelum menjalani pembedahan pada Sabtu.

"Hari ini doktor akan buat sekali lagi pembedahan abah saya yang mana ini adalah yang kedua selepas pembedahan pertama sebulan yang lepas.

Amir reda dengan ujian yang dilalui.

"Beg kencing tadi keluar darah sebab ada luka, dan abah letih dan tak larat sebab lapar kena berpuas sekejap sebelum pembedahan," katanya.

Amir berkongsi perkara itu di Facebook miliknya  pada Sabtu.

Berkongsi lebih lanjut, Amir memberitahu bapanya sedia maklum tentang pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadulkan pada Sabtu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Raja Lawak dedah terima sokongan rakan artis, Zizan Razak minta nombor akaun mahu beri bantuan

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa hidap kanser usus, Amir Raja Lawak minta stesen TV segera buat bayaran... Tak mahu ansuran atau diskaun

Malah bapanya sempat berpesan kepada agar dia tidak menitiskan air mata dan menjadi lelaki yang tabah apabila berdepan dengan perdana menteri itu nanti.

"Abah tahu hari ini saya akan bertemu YAB PM. Dia pesan Amir jangan menangis depan PM, orang lelaki kena gentlemen kena kuat.

"Insya-Allah saya kuat apa yang datang saya hadap," ujarnya.

Saya percaya dan yakin Allah tak uji lebih dari kemampuan hambaNya.

AMIR RAJA LAWAK

PELAWAK

Dalam pada itu, Amir memberitahu dia reda dengan ujian yang menimpa keluarganya ketika ini malah percaya akan ada sinar selepas semunya berlalu.

Pun begitu, dia berharap agar bapanya juga terus kuat melawan penyakit dan diberi kesembuhan segera.

"Sekarang adalah hari saya, yang ada sekarang adalah ujian buat saya, Alhamdulillah, saya percaya dan yakin Allah tak uji lebih dari kemampuan hambaNya, Insya-Allah.

Amir maklumkan bakal bertemu dengan PM.

"Semoga abah kuat semangat, terus kuat untuk lawan sakit penyakit yang dihidapi, semoga pembedahan abah berjaya dengan baik, dan abah cepat kembali pulih, sihat seperti sediakala," ujarnya.

Sebelum ini, Amir mendedahkan faktor utama dia menuntut bayaran tertunggak dari sebuah stesen televisyen adalah untuk menanggung kos perubatan bapanya yang sedang sakit.

Menurut Amir, dia mahu bayaran penuh berjumlah RM18,000 dari pihak berkenaan sebagai usaha untuk rawatan bapanya yang menghidap kanser usus.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain