suria

“Satu Puchong boleh dengar Thalita jerit” - Shuib puji isteri tenang urus detik cemas

Shuib tiada di rumah ketika kejadian.

PELAWAK dan usahawan Shuib Sepahtu menarik nafas lega selepas doktor mengesahkan kecederaan anak perempuannya, Thalita, akibat terkena minyak panas di tangan dan muka tidak terlalu serius.

Shuib atau Shahmira Muhamad, 41, berkata kejadian itu berlaku ketika Thalita membantu isterinya, Watie Hanifiah, di dapur sementara dia berada di luar rumah.

“Saya masa itu di luar, tak tahu apa yang terjadi di rumah. Bila balik, baru tahu kejadian agak serius sampai tangan dan muka Thalita teruk pada malam itu.

Shuib kongsi keadaan Thalita.

“Sampaikan Watie menggigil tak tahu nak buat apa bila kejadian berlaku. Malam itu bila Thalita menjerit kesakitan, saya rasa satu Puchong boleh dengar.

“Tapi syukur semuanya okay… cuma kena sapu ubat dan jangan kopek luka,” katanya kepada mStar.

Shuib berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa majlis pelancaran cawangan kedua Restoran Sepah Penyet di Presint 15, Putrajaya pada Sabtu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Thalita melecur terkena minyak panas, luka di mata dan pergelangan tangan paling teruk!

ARTIKEL BERKAITAN: Ayash dah 4 tahun, Shuib kongsi detik anak tidak bernafas 8 saat ketika lahir

Bercerita lanjut, Shuib mengakui Thalita memang terkenal sebagai ‘drama queen’ setiap kali berdepan kesakitan sejak kecil.

“Saya faham dia sakit, tapi dari dulu lagi Thalita memang kuat drama. 

“Nak cabut gigi sebatang pun menjerit bukan main kuat. Tapi sebagai orang tua, kita layan saja,” ujarnya.

Kagum tengok Watie mainkan peranan besar.

SHUIB

PELAWAK

Sementara itu, Shuib meluahkan rasa terharu melihat peranan besar Watie dalam menguruskan anak-anak ketika berdepan situasi cemas.

“Asbab apa jadi, saya kagum tengok Watie mainkan peranan besar. Dulu ada kejadian Mateen hampir pekak sebab telinga kanan dia masuk air sampai ada fungus. 

“Dalam sebulan Watie sabar, hari-hari korek telinga Mateen sampai hilang bakteria itu. Sebab itu Mateen sayang sangat pada Watie. 

Shuib kagum dengan sikap keibuaan dimiliki Watie.

“Begitu juga Thalita, waktu dia sakit hari itu, dia tak mahu orang lain… nak melekat saja dengan Watie walaupun tengah sakit,” jelasnya.

Sebelum ini, Watie berkongsi di media sosial keadaan Thalita yang mengalami lepuh di muka dan tangan akibat insiden tersebut, selain memohon doa agar anak tirinya segera sembuh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain