suria

Ceria buat panggilan video, netizen puji Fattah tenang tangani isu Fatima dan nenda… Rancang percutian bersama ke Disneyland

Fattah tenang jernihkan isu 'nenda' di media sosial.

PELAKON Fattah Amin tampil menenangkan keadaan selepas tular rakaman siaran langsung memaparkan anaknya, Nur Fatima Aisya, mengadu kepada ibunya yang juga pelakon Nur Fazura konon neneknya berkata dia tidak comel dan tidak pandai.

Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, bersikap tenang dan bersahaja memberi respons terhadap isu tersebut dan memaklumkan hubungan mereka sekeluarga berada dalam keadaan baik.

Malah, mereka turut kelihatan ceria berbincang mengenai perancangan percutian bersama ke Tokyo Disneyland.

Tiada masalah antara Fatima dan neneknya.

"Dah jangan gaduh-gaduh ya… Fatima okay sahaja ni dengan nenda. Semua tengah bincang nak pergi Disneyland," katanya ringkas.

Fattah berkongsi perkara itu menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada pagi Selasa. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap tenang Fattah dalam menguruskan situasi tersebut.

"Inilah seketul Fattah Amin. Tenang setenangnya. Tak perlu besarkan benda remeh. Well done!

ARTIKEL BERKAITAN: Tak dapat hadir acara sekolah anak, Fattah Amin minta maaf... Tetap bangga dengan Fatima

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fattah Amin enggan beri muka lagi… Pemfitnah dakwa curang ketika bersama Fazura bakal diseret ke mahkamah

"Comelnya Fatima... Alhamdulillah, moga terus baik-baik dalam coparenting. Percaya pada Allah, doa dan kata-kata yang baik akan hasilkan yang baik juga," tulis netizen.

Bagaimanapun ada juga yang menyifatkan isu itu sengaja diperbesarkan oleh segelintir netizen yang bersikap toksik.

Sebelum ini, rakaman live yang tular memaparkan Fatima meluahkan rasa kurang senang kepada Fazura apabila mendakwa neneknya menyebut perkara yang tidak manis mengenainya.

Isu 'nenda' tular ketika Fazura membuat siaran langsung di media sosialnya.

Namun, Fazura dengan tenang menafikan tuduhan tersebut dan menjelaskan perkara itu adalah mustahil untuk ibu mentuanya bersikap demikian terhadap cucu sendiri.

Adik kepada Fattah, Raihan Amin, turut tampil mempertahankan ibunya, Azizah Abd Ghani, dan menolak dakwaan negatif yang dilemparkan di media sosial.

Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 sebelum berpisah pada 7 Oktober tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain