HASIL sumbangan orang ramai susulan kisah kesempitan hidup dan masalah kesihatan yang dilalui pelakon veteran, Dharma Harun membolehkan dia bersama dua anaknya terus menetap di rumah sewa di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Anak bongsunya Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman, 36, berkata bantuan tersebut digunakan untuk membayar tunggakan sewa serta membuat bayaran awal bagi beberapa bulan akan datang.
“Pada awalnya tuan rumah nak naikkan kadar sewa daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan. Jadi dia risau jika kami tak mampu nak bayar menyebabkan dia minta kami mencari rumah lain.
Kisah Dharma dilaporkan kurang sihat mendapat perhatian ramai.
"Tapi Alhamdulillah hasil sumbangan yang diterima dapat saya jelaskan tunggakan sewa rumah dan bayar awal untuk beberapa bulan.
"Tuan rumah terima, tapi berpesan supaya jangan putus bayar lagi kerana jika berulang dia akan ambil tindakan.
"Saya bersyukur tuan rumah sangat memahami dengan nasib yang kami lalui. Pemilik rumah ini sangat baik hati, malah dia juga baru tahu ayah saya tidak sihat,” katanya ketika dihubungi mStar.
ARTIKEL BERKAITAN: Dharma Harun merayu nak kerja, tak nak berharap pada sumbangan orang ramai lagi
ARTIKEL BERKAITAN: Ditawar RM1,000 untuk ‘jual tubuh’, anak Dharma Harun terima pelbagai tawaran kerja tak senonoh
Syafiq yang masih belajar dan bekerja sambilan memaklumkan dia akan memastikan sewa bulanan rumah dibayar seperti yang dipersetujui dengan tuan rumah dan berharap kehidupannya dipermudahkan selepas ini.
"Saya masih bekerja sambilan dan ada menerima tawaran berlakon. Ayah pun baru-baru ini dapat tawaran berlakon dengan produksi milik Datuk A. Aida.
“Selain itu, ayah akan menjual program Deko Ibadah terbitannya kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) hasil bantuan Pengerusi Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Datuk Afdlin Shauki.
"Jika semuanya okey Insya-Allah ayah ada duit sedikit. Jadi tak perlulah dia nak bekerja. Sekarang ini pun saya temankan dia pergi menjalani penggambaran bagi memastikan kesihatannya terjaga,"katanya.
Syafiq (kiri) berharap agar kehidupan mereka sekeluarga dipermudahkan.
Sebelum ini, Syafiq pernah memohon jasa baik tuan rumah memberi masa untuk menjelaskan tunggakan sewa RM3,900.
Namun perbualan mesej yang dikongsikannya menunjukkan pemilik rumah mahu mereka mengosongkan kediaman pada 31 Julai lalu dan menolak tunggakan daripada wang deposit berjumlah RM2,600.
Kisah Dharma yang dilaporkan kurang sihat mendapat perhatian ramai pihak. Antara selebriti yang hadir ke rumahnya ialah DJ Dave, Elly Mazlein dan Datuk A Aida.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!