KOMPOSER Ajai memuji keperibadian penyanyi Amira Othman yang disifatkan sebagai wanita sopan serta memiliki perwatakan lemah lembut.
Ajai atau Mohamad Faizal Maas, 50, berkata, dia kini sedang bekerjasama dengan Amira dalam menjayakan lagu runut bunyi sebuah drama yang bakal dilakonkan oleh Amira dan aktor Fattah Amin.
Kata Ajai, Amira adalah penyanyi yang baik dan sememangnya mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.
"Bagus budak (Amira) tu sopan orangnya, lemah lembut dan menghormati seni. Dia suka berbincang. Saya suka artis yang ada pendapat dan saling memberi cadangan.
Ajai memuji kemampuan vokal Amira.
"Bukan datang studio hanya menyerahkan semuanya kepada komposer. Dia tahu hala tuju yang dia mahu dan bila datang studio saya sudah tahu tentang kekuatan vokalnya.
"Dia berterima kasih kerana saya sudah peka dengan vokal range yang dimilikinya. Maksudnya dia tahu tentang nota-nota muzik. Dia bukan kosonglah dalam muzik," katanya kepada mStar.
Ajai berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pentas akhir Raise The Star Malaysia yang diadakan di Royal Theatre Shah Alam pada malam Ahad.
Dalam pada itu, Ajai turut memuji kemampuan vokal Amira yang dikatakan mempunyai nada merdu dan sedap didengar.
ARTIKEL BERKAITAN: Ajai mohon maaf kepada 4U2C, sokong usaha artis terus berkarya
ARTIKEL BERKAITAN: Amira Othman betulkan salah faham isu tahu kata laluan telefon Fattah Amin
"Saya meminati suara dia (Amira). Suara ini bukan fasal tinggi atau rendah tetapi nada. Saya suka seseorang (penyanyi) yang berpegang pada konsep.
"Cuma nak tunggu masa untuk spark saja. Kita tahu dia memperjuangkan world music. Orang Johor kan memang suka irama ghazal tetapi nyanyiannya sedap dengan kemampuan suara dia.
"Tak semestinya perlu menyanyi nada tinggi, paling-paling kita nak dengar suara yang easy listening (sedap didengar)," ujarnya.
Mengimbau kembali pertemuan kali pertama bersama Amira kira-kira sembilan tahun lalu, komposer tersebut memberitahu penyanyi berkenaan pernah menyertai uji bakat program realiti hiburan yang dijurikan olehnya.
Ajai (kanan) memuji bakat yang dimiliki Amira.
"Perkara ini ada pada Amira. Saya pernah uji bakat dia waktu itu umurnya baru 21 tahun. Dalam program Mentor nak jadi protege Afdlin Shauki.
"Dia ingatkan saya yang pernah lepaskan (lulus) dia dalam sesi uji bakat itu. Saya ingat, memang saya lepaskan dia untuk pergi ke stage Afdlin. Saya tahu dia boleh menyanyi," katanya.
Sebelum ini, Ajai memuat naik sebuah hantaran di Instagram miliknya memaklumkan dia bakal menerbitkan single baharu buat Amira atau Nadia Amira Othman, 32 tahun.
Kata Ajai, dia bertemu dengan Amira ketika penyanyi berkenaan berusia 21 tahun dan kini berpeluang untuk bekerjasama merakamkan lagu baharu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!