USAHAWAN dan pempengaruh media sosial, Christy Ng tidak kisah apabila terpaksa menebalkan muka demi menghasilkan kandungan kreatif bersama pasukannya yang dikenali The Bengap Boys.
Menurut Christy, meskipun pada awalnya berasa kekok, namun lama-kelamaan dia sedar keyakinan dalam menyampaikan kandungan adalah kunci utama untuk menarik perhatian ramai.
"Saya terpaksa tebalkan muka macam dinding, buat sahaja dan fikirkan kesannya kemudian.
Christy tolak tepi rasa malu dalam membuat sesuatu content.
"Kalau malu, tak akan dapat tarik perhatian. Jadi diri sendiri sahaja dan orang ramai pun sukakan perkara yang kelakar.
"Kami mahu orang seronok tengok kandungan kami, sambil menyampaikan mesej positif," katanya kepada mStar.
Berkongsi mengenai perkembangan terkini, Christy berkata dia tidak menolak jika diberi peluang untuk mencuba nasib dalam bidang lakonan secara serius suatu hari nanti.
Tambah Christy, dia dan pasukannya mampu memberi impak positif kepada industri hiburan memandangkan pengalaman dan sambutan yang diterima di media sosial ketika ini amat positif.
ARTIKEL BERKAITAN: CU dan Christy Ng perkenal koleksi beg tote, gabungan yang benar-benar ‘daebak’
ARTIKEL BERKAITAN: Enggan ikut trend... koleksi Yuna x Christy Ng sesuai untuk semua golongan sepanjang zaman
"Saya harap ada rezeki satu hari nanti untuk berlakon dalam sesebuah karya, tak kira drama mahupun filem.
"Perasaan teringin itu memang ada, dan saya percaya pasukan kami boleh beri sumbangan pada industri sebab kandungan kami pun mendapat sambutan yang baik," ujarnya.
Dalam pada itu, Christy tidak menyangka kandungan suka-suka yang dimuat naik bersama pekerja mendapat sambutan luar biasa daripada netizen.
Video parodu Christy bersama The Bengap Boys sering mendapat perhatian.
Malah, gelaran The Bengap Boys yang diberikan kepada pasukannya juga muncul secara spontan hasil parodi yang dilakukan terhadap filem popular.
"Saya dan pasukan buat content main hentam sahaja, tak sangka pula boleh jadi viral.
"Pekerja saya digelar The Bengap Boys sebab parodi kami tentang filem Blood Brothers.
"Nama itu pun netizen yang bagi, siap kata mereka ada rupa eksotik! Selepas ini saya rancang nak perkenalkan Bengap Sisters pula," katanya berseloroh.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!