KEINGINAN menunaikan hasrat terakhir arwah bapa menjadi pendorong kepada anak pasangan Allahyarham Suhaimi Saad dan Ina Naim untuk berani tampil dalam program realiti Talk To My Manager bagi mengetengahkan bakat nyanyiannya.
Hadie, atau Ehmad Hadie Elfardie,17, berkata dia mahu bersaing seperti remaja lain walaupun tidak bersekolah seperti mereka.
“Saya mahu sambung legasi ayah. Itu antara hasrat terakhirnya kepada kami agar anak-anak menyambung perjuangan seni.
Anak Ina mahu tonjolkan bakat diri.
"Harapan saya pula cuma satu iaitu mengharumkan nama kedua ibu bapa walaupun saya tidak bersekolah seperti rakan-rakan lain.
"Jadi, saya nekad mengintai peluang dengan menceburi karier nyanyian yang pernah ayah tinggalkan,” katanya kepada mStar.
Menurut Hadie, arwah bapanya pernah berpesan supaya setiap persembahan yang dibuat diselitkan dengan unsur dakwah.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak malu mulut senget, Ina Naim anggap anugerah Allah
ARTIKEL BERKAITAN: Anak kedua tak setuju Ina Naim kahwin lagi, ingatkan janji mahu jumpa Suhaimi Saad di syurga
Meskipun terlihat pemalu, Hadie berkata ia baru permulaan untuk dirinya terbiasa dengan dunia hiburan.
“Arwah ayah pesan supaya seni tidak lari daripada dakwah. Dalam nyanyian pun boleh disampaikan mesej kebaikan.
"Bagi saya, platform ini bukan sekadar hiburan, tetapi permulaan untuk membina kerjaya, malah mengembangkan perancangan bisnes pada masa depan.
"Permulaan mungkin kuncup (malu), tetapi lama-kelamaan pasti akan terbiasa,” ujarnya.
Kali ini, Allah beri peluang kepada anak pula.
INA NAIM
PENYANYI
Sementara itu, Ina atau Nordiana Mohd Naim, 41, berkata dia sentiasa memberikan sokongan penuh terhadap impian anaknya untuk memenuhi hasrat arwah suami.
Katanya, sebelum ini Suhaimi pernah mendapat tawaran menyertai program realiti tetapi terpaksa menolak kerana masalah kesihatan dan jarak lokasi.
"Dulu, masa arwah ayahnya masih ada, pernah dapat tawaran program seperti ini di Astro. Tapi sebab sakit dan jarak yang jauh, dia tolak.
Ina dan Suhaimi mempunyai empat orang anak bersama.
"Kali ini, Allah beri peluang kepada anak pula. Kalau tidak dapat harumkan nama ibu, harumkanlah nama ayah. Dalam setiap persembahan, ingat arwah ayah dan buat yang terbaik,” ujarnya.
Untuk rekod, Ina mendirikan rumah tangga dengan Suhaimi yang juga bekas anggota kumpulan nasyid Inteam pada 12 Oktober 2007. Namun Suhaimi meninggal dunia pada 15 November 2023.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Salman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Ina kemudiannya berkahwin kali kedua dengan Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor pada 8 November tahun lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!