TATKALA berdepan kemelut hubungan keluarga, ibu kepada pelakon Anna Jobling tidak lupa untuk memberi ucapan ulang kelahiran buat anaknya itu.
Berkongsi secara ringkas, Ariz Arop turut memuat naik gambar dia memangku Anna ketika masih kecil.
"Happy birthday anak," tulisnya ringkas.
Kisah Anna dan ibunya terus mendapat perhatian ramai.
Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-25 pada Khamis.
Sementara itu menerusi satu hantaran berbeza di Instastory, Ariz juga berkongsi luahan apabila ramai yang terus bercakap tentang isu keluarganya.
Baginya biarpun ramai yang membuat andaian, namun tiada siapa yang boleh memahami apa yang dilalui.
ARTIKEL BERKAITAN: Campur tangan orang ketiga punca Anna Jobling mohon injunksi, ibu dakwa pengurusan ‘conquer’ anak
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu dakwa Anna Jobling berubah lepas popular… “Walaupun dia beri duit, tak bermakna boleh layan macam anjing kurap”
"Yang tahu sahaja tahu apa yang terbungkam di hati ini.
"Biarlah dunia luar sana menghakimi. Allah sahaja yang mengetahui," luahnya.
Meninjau di ruangan komen, Ariz menerima pelbagai respons termasuk pandangan tidak bersetuju dengan tindakan mendedahkan masalah keluarga kepada umum.
"Kenapa tak berhenti nak mencanang masalah anak-beranak satu dunia. Bukannya anak itu tinggalkan dan tak kisahkan dia.
Ariz turut menerima kritikan apabila mendedahkan kemelut keluarga.
"Dah puas cuba rosakkan karier anak, jaja aib dia satu dunia, kemudian ucap birthday.
"Awak yang buat kenyataan dahulu. Sepatutnya fikir sebelum secara tertutup dan tidak sebarkan di sosial media," komen netizen.
Namun tidak kurang juga ramai yang memberi nasihat dan berharap hubungan Anna dan ibunya akan kembali jernih.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!